Wednesday 24 February 2010

Tuhanku....




Tuhanku.....
aku tidak layak untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Thursday 18 February 2010

Sayu.....

tetiba aku rasa sedih.. sayu... teringatkan seseorang.... ntah kenapa?... adakah dia masih teringatkan aku?
aku insan biasa... tak boleh ketepikan perasaan sedih... pedih hatiku kerasa memendam perasaan... kenapa begini jadinya? muncullah dia di depanku....

aku juga sedih kerana ayah dah pergi meninggalkan kami semua...

aku sedih kerana aku jadi begini...

belum terluah rasanya.... cuma betul-betul sedih......

Wednesday 17 February 2010

Semoga ayah bersemadi dengan tenang (07/02/2010 8.45mlm)

Ayah kembali kepada Pencipta-Nya

Sejak balik dari kampung melihat menziarah ayah di hospital Besar Kuala Terengganu, aku sering bertanya khabar dan menelefon 2 kali sehari untuk mengatahui perkembangan ayah. Cukup seminggu kira-kira 8.45 malam pada hari ahad, ayah tersayang meninggalkan kami semua.

Cuma 3 minggu jer ayah sakit dan Alhamdulillah matinya dalam keadaan cukup mudah dan tenang.  Ibarat kata adik keadaan menjadi sunyi sepi, tiada bunyi motor, kicauan burung atau ayam, anak-anak bagaikan memahami dan menghormati pemergian datuknya dengan tenang.

Begitulah janji Allah.... pemergian seorang hamba-Nya yang hafaz Al-Quran dan melakukan tugas kerana Allah.  Ayah seorang bilal masjid dan mandikan jenazah. 

Ramai yang menghantarnya ketempat yang lebih abadi sehinggakan terpaksa solat jenazah di masjid... Alhamdulillah... ganjaran untuk hamba-Nya yang taat.

Al-Fatihah untuk ayah tersayang... kami sentiasa mengingati dan menyayanginya