Thursday 27 October 2011

Bantal comel thomas


27/10/2011 (Khamis)
Rasanya dah lama tak menulis pasal Isa Rashveen...

Makin aktif dan ayat keluar daripada mulut buatkan ibu dia kusss semangat... contohnya "aaa... tau tak per....", "ishhh....budak ibu ni..." huhuhu... tapi jika dia buat silap perkataan "sorry ibu..." sentiasa bermain dimulut dia... selagi kita kita tak menjawab, selagi itulah sorry ibu bermain dibibir mungil budak ensem ni... hehehe...

Inilah bantal pemberian untie Sal tersayang untuk Isa Rashveen... dia dah tahu dah kegemaran Isa Rashveen ni... katanya di beli di Teluk Chempedak... thanks a lot kak sal.... budimu yang sentiasa mengingati hadiah untukku dan Isa Rashveen sangat ku hargai....

Sekarang hobi terbaru ialah rakam video diri sendiri... ibulah tukang ambil gambar dengan aksi melompat melolong dia... pastu dia akan minta "meh ibu, meh nak tengok..." .nak tengok gambar sendiri yg telah dirakam...
ragam anak kecil membuat kita terleka dan jadi penglipur lara...

Selain tu, dia suka tolong ibu memasak... ini yang leceh sebab kita takutkan keselamatan dia... pernah terjadi ayam goreng jadi sup goreng... huhuhu...
Sedang goreng ayam style masakan kat kedai tomyam tu (ayam potong kecik2 dan goreng dengan bawang), sy ke hall sekejap ambil cawan untuk dibasuh, bila masuk dapur, ayam dalam kuali dah dipenuhi air dan bawang... huhuhu... nasib baik tak meletup sbb guna minyak sikit jer...
Kuss semangat!... nampak ada sup bunjut, masukkan jer dalam kuali tu dan jadilah sup berwarna kuning.... sekali pandang macam kuah singgang....