Wednesday 15 February 2017

Amalkan jika org berulang2 hantar sihir

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.
.
.
Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin
Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:
1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ ( ﻣﺒﻴﻦ ) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ ( ﻣﺒﻴﻦ ) kedua, berdoa macam tadi.
6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (ﻣﺒﻴﻦ ) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.
.
InsyaAllah berhasil….

Sunday 12 February 2017

Kita sambung part 2 UKM

Ok.. ada masa luang sket ni.. dah jd ketagih plak nk menaip di telefon.. skrg sy update blog mll telefon je. Sbb senang nk attach gambar skali

Ok...setelah dah tamat diagnosis audio dan speech isa.. pihak ukm rujuk isa ke Klinik Psikologi Kesihatan UKM Jalan Raja Muda Abdul Aziz KL

Reg Fee RM30 (incl 6% GST)
Ulangan RM5 (incl 6% GST)

Isa dirujuk kepada puan F disana.. setelah berulang alik sekali seminggu.

Setiap kali hadir isa kena jawab soalan yg disenaraikan... bermain.. buat ayat.. jawab soalan.matematik

Conclusion dia.. tahap IQ Isa rendah beberapa tahun berbanding rakan sebayanya.  Mendengar jawapan seperti itu buat saya terduduk.. sy tegaskan dalam hati saya akan buat anak saya berjaya mengharungi kehidupannya. Berjaya didunia serta akhirat

Jadi saya diberi pilihan samada ingin report penuh atau report ringkas.. (off course dgn sedikit bayaran.. x silap saya rm180).. dia bg masa saya utk bfikir...

ok lah dan saya mengambil keputusan utk minta surat rujukan kepada pihak sekolah shj.. katanya akan di post kepada sy surat tsb dan sehingga kini saya tidak menerimanya walaupun sudah menghubungi pihak ukm beberapa kali.  Mereka maklumkan kepada sy puan F berkursus dan akan memberitahu kpd puan F perkara berkaitan. Huhuuu.. x pe lar... x de rezeki lar nk dapatkan surat rujukan...

Ada lagi sambungan selepas ni..

Ok... sblm saya lupa juga.. saya share alamat klinik Psikologi Kesihatan
Fakulti Sains Kesihatan
UKM
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
53000 KL
Phone 03 26878198/8195

P/s: dorang leh diagnosis anak autisme etc
Utk diagnosis ank disleksia,ank kena fasih dlm english sbb soalan dalam english.. sy difahamkan camtu lar

Nak blanja pic isa.. jeng jeng jenggg..

Gambar ini diambil oleh daddy isa.. pandai lak dak ni bergaya.. klu ngan ibu sket2 wat peace...muka cam kn paksa senyum.. tp kalu ngan daddy kemain dia.. sakan...hahahha

Pic bln feb 2017

Klinik Audiologi & Sains Pertuturan (KASP) di UKM Jalan Temerloh, KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedia mengetahui Muhammad Isa Rashveen adalah satu2nya putera hati saya yang kini telah berusia 10 tahun... dan sudah berkhatan pada hujung bulan Disember 2016... hihhihi.. dah jadi anak teruna dah.. tapi masih nak tidur sekatil dengan ibu.. kalau tak peluk dia mula gelisah dan takkan tidur.. hinggalah ibu peluk dia.. kejap je.. lelap sudah anak ibu pengarang jantung ni...

Tapi macam2 ujian yang dilalui anak kecil ini... seusia 8 tahun, isa belum lagi lancar dalam percakapan dan tidak banyak perkataan yang dia ketahui atau faham... kalau kita dengar dia bercakap seolah2 orang india yang bercakap.. tatabahasa terbalik (maaf ye org india... sy bg contoh sahaja... Daddy Isa pun orang India... hihihi)

Kerisauan saya memuncak sehinggalah membuat temujanji di Fakulti Sains Kebangsaan, UKM di Jalan Temerloh (sebelah Tasik Titiwangsa) pada 17/11/2015.  Saya tiada surat rujukan dan bukan kakitangan kerajaan.. jadi kena caj Bayaran Pendaftaran KASP-Audio sebanyak RM31.80 (inc 6% GST)

Untuk setiap kali buat rawatan ualangan  kena bayar RM5.30 (icl 6% GST).
Untuk pertama dorang akan uji pendengaran untuk memastikan Isa tiada masalah pendengaran.  Alhamdulillah Isa LULUS 100%. Ujian AUDIO dilakukan sebanyak 2 kali oleh Dr Nashrah Maamor, Phd (UWA) iaitu Senior Lecturer Audiologist.  Terima kasih Dr ;-)

Jika ujian dilakukan pada waktu persekolahan, jangan lupa minta' time slip' daripada kakitangan yang bertugas dikaunter pendaftaran. Time slip itu boleh kita bagi kepada pihak sekolah kerana anak kita tak dapat ke sekolah pada hari berkenaan.

Selepas ujian audio lulus, Isa dirujuk kepada Pegawai Pemulihan Perubatan, SMSn Pertuturan (Kep) UKM iaitu Puan Hafizah Mohd Azrai. Terima kasih tak terhingga atas jasa puan :-)  Setelah dilakukan beberapa ujian, Isa didiagnosis mempunyai masalah kelewatan bahasa.
 

Beliau mengeluarkan satu surat kepada pihak sekolah supaya diberikan Isa pembelajaran Intensif dan khusus bagi memperbaiki kemahiran bahasa dan dorongan positif dari tenaga pengajar.  Alhamdulillah, saya bawak surat ini dan berjumpan dengan Guru Besar dan beliau memberikan kerjasama kepada kami.  Jadi Isa dimasukkan semula ke kelas pemulihan sekali lagi bagi membetulkan bahasanya, iaitu kelas Cikgu Jahara.  

Panjangnya cerita... terima kasih yg tak terhingga kepada pihak2 yg sering membantu anak saya Muhammad Isa Rashveen.

Kesimpulan disini... 

# sesapa yang ada anak tunggal tu... sila alert anak anda yg suka suki cakap seperti bahasa baby.. betulkan bahasa anak anda 
# jka anda bekerja sepanjang hari dan keluar awal pagi dan balik malam hari, luangkan juga masa untuk berkomunikasi dengan anak anda.. jgn biarkan anak anda berkomunikasi dengan tv atau tab
# kadang2 anak anda boleh terima percakapan pelbahgai bahasa dalam satu masa... tp ada sesetengah anak dia menjadi keliru
** yang penting sila pastikan perubahan keatas diri anak anda.. budak2 umur 6 tahun sepatutnya dah pandai bercakap, bergaul, menyampaikan pesanan etc
**  autisme, slow learner (leaning disabilities), disleksia.. makin banyak dihidapi oleh kanak2 setiap tahun

Bagi ibubapa yang nak rujuk anak kat sini boleh call 03-92895040/5041
Alamat
Klinik Audiologi & Sains Pertuturan
Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
503200 Kuala Lumpur
http://fskb.ukm.my 



Saturday 11 February 2017

Kehidupan dilalui dgn tabah

Zaman sekarang ni semua tahu.. eko no money.. haaha.. iya lar.. .dgn seposen apa yg kita boleh beli skrg? Gula2pun rasanya paling murah 3 biji 20sen... tol naik berkali2.. cth smart tol.. sekarang dah rm4... semak rasa kalbu kan... lagi2 bg yg mempunyai keluarga besar...

Camnepun hidup perlu diteruskan... seperti saya..

Nak belanja gambar saya ngan isa hari ni.. wink wink wink....

update status 22/2/2017 (sabtu)

Assalamualaikum wbt,

Sudah bertahun saya tidak menjamah halaman blog saya... entah dimana silapnya... jiwa saya tiada disini untuk seketika.  sekarang Isa Rashveen sudahpun memasuki tahun 4 disekolah dan berumur 10 tahun.. sekejap je masa berlalu...  tangis dan tawa kami bersama... dah jadi anak teruna ibu... dah pandai masak nasi dan hidangkan untuk ibu..

Iya... saya ajarkan Isa memasak nasi.. kupas dan potong bawang.. vacum rumah... basuh kasut.. sapu rumah.. sbb saya tak nak Isa menghambakan isterinya bila kawin nanti... saya nak Isa menghormati segala pengorbanan wanita.. lebih2 lagi pada zaman sekarang wanita juga menyumbang ekonomi dalam keluarga... penat dipejabat ditambah lagi bila balik dirumah utk menguruskan rumahtangga... doa saya agar anak saya ini menjadi anak yg soleh dan terbaik untuk ibu dan isteri serta anak2....

so now.. im back....






#gambar ni di ambil 3/10/2015




#gambar ni ni ambil 18/7/2015

warm up dulu... hihihihi