Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.
.
.
Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin
Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:
1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ ( ﻣﺒﻴﻦ ) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ ( ﻣﺒﻴﻦ ) kedua, berdoa macam tadi.
6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (ﻣﺒﻴﻦ ) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.
.
InsyaAllah berhasil….
cuma sekadar loretan tangan gemalai menekan keyboard... dari hati & pemikiran lalu terhasil satu coretan...
Wednesday, 15 February 2017
Amalkan jika org berulang2 hantar sihir
Sunday, 12 February 2017
Kita sambung part 2 UKM
Ok.. ada masa luang sket ni.. dah jd ketagih plak nk menaip di telefon.. skrg sy update blog mll telefon je. Sbb senang nk attach gambar skali
Ok...setelah dah tamat diagnosis audio dan speech isa.. pihak ukm rujuk isa ke Klinik Psikologi Kesihatan UKM Jalan Raja Muda Abdul Aziz KL
Reg Fee RM30 (incl 6% GST)
Ulangan RM5 (incl 6% GST)
Isa dirujuk kepada puan F disana.. setelah berulang alik sekali seminggu.
Setiap kali hadir isa kena jawab soalan yg disenaraikan... bermain.. buat ayat.. jawab soalan.matematik
Conclusion dia.. tahap IQ Isa rendah beberapa tahun berbanding rakan sebayanya. Mendengar jawapan seperti itu buat saya terduduk.. sy tegaskan dalam hati saya akan buat anak saya berjaya mengharungi kehidupannya. Berjaya didunia serta akhirat
Jadi saya diberi pilihan samada ingin report penuh atau report ringkas.. (off course dgn sedikit bayaran.. x silap saya rm180).. dia bg masa saya utk bfikir...
ok lah dan saya mengambil keputusan utk minta surat rujukan kepada pihak sekolah shj.. katanya akan di post kepada sy surat tsb dan sehingga kini saya tidak menerimanya walaupun sudah menghubungi pihak ukm beberapa kali. Mereka maklumkan kepada sy puan F berkursus dan akan memberitahu kpd puan F perkara berkaitan. Huhuuu.. x pe lar... x de rezeki lar nk dapatkan surat rujukan...
Ada lagi sambungan selepas ni..
Ok... sblm saya lupa juga.. saya share alamat klinik Psikologi Kesihatan
Fakulti Sains Kesihatan
UKM
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
53000 KL
Phone 03 26878198/8195
P/s: dorang leh diagnosis anak autisme etc
Utk diagnosis ank disleksia,ank kena fasih dlm english sbb soalan dalam english.. sy difahamkan camtu lar
Nak blanja pic isa.. jeng jeng jenggg..
Gambar ini diambil oleh daddy isa.. pandai lak dak ni bergaya.. klu ngan ibu sket2 wat peace...muka cam kn paksa senyum.. tp kalu ngan daddy kemain dia.. sakan...hahahha
Pic bln feb 2017
Klinik Audiologi & Sains Pertuturan (KASP) di UKM Jalan Temerloh, KL
Sedia mengetahui Muhammad Isa Rashveen adalah satu2nya putera hati saya yang kini telah berusia 10 tahun... dan sudah berkhatan pada hujung bulan Disember 2016... hihhihi.. dah jadi anak teruna dah.. tapi masih nak tidur sekatil dengan ibu.. kalau tak peluk dia mula gelisah dan takkan tidur.. hinggalah ibu peluk dia.. kejap je.. lelap sudah anak ibu pengarang jantung ni...
Tapi macam2 ujian yang dilalui anak kecil ini... seusia 8 tahun, isa belum lagi lancar dalam percakapan dan tidak banyak perkataan yang dia ketahui atau faham... kalau kita dengar dia bercakap seolah2 orang india yang bercakap.. tatabahasa terbalik (maaf ye org india... sy bg contoh sahaja... Daddy Isa pun orang India... hihihi)
Kerisauan saya memuncak sehinggalah membuat temujanji di Fakulti Sains Kebangsaan, UKM di Jalan Temerloh (sebelah Tasik Titiwangsa) pada 17/11/2015. Saya tiada surat rujukan dan bukan kakitangan kerajaan.. jadi kena caj Bayaran Pendaftaran KASP-Audio sebanyak RM31.80 (inc 6% GST)
Untuk setiap kali buat rawatan ualangan kena bayar RM5.30 (icl 6% GST).
Untuk pertama dorang akan uji pendengaran untuk memastikan Isa tiada masalah pendengaran. Alhamdulillah Isa LULUS 100%. Ujian AUDIO dilakukan sebanyak 2 kali oleh Dr Nashrah Maamor, Phd (UWA) iaitu Senior Lecturer Audiologist. Terima kasih Dr ;-)
Jika ujian dilakukan pada waktu persekolahan, jangan lupa minta' time slip' daripada kakitangan yang bertugas dikaunter pendaftaran. Time slip itu boleh kita bagi kepada pihak sekolah kerana anak kita tak dapat ke sekolah pada hari berkenaan.
Selepas ujian audio lulus, Isa dirujuk kepada Pegawai Pemulihan Perubatan, SMSn Pertuturan (Kep) UKM iaitu Puan Hafizah Mohd Azrai. Terima kasih tak terhingga atas jasa puan :-) Setelah dilakukan beberapa ujian, Isa didiagnosis mempunyai masalah kelewatan bahasa.
Beliau mengeluarkan satu surat kepada pihak sekolah supaya diberikan Isa pembelajaran Intensif dan khusus bagi memperbaiki kemahiran bahasa dan dorongan positif dari tenaga pengajar. Alhamdulillah, saya bawak surat ini dan berjumpan dengan Guru Besar dan beliau memberikan kerjasama kepada kami. Jadi Isa dimasukkan semula ke kelas pemulihan sekali lagi bagi membetulkan bahasanya, iaitu kelas Cikgu Jahara.
Panjangnya cerita... terima kasih yg tak terhingga kepada pihak2 yg sering membantu anak saya Muhammad Isa Rashveen.
Kesimpulan disini...
# sesapa yang ada anak tunggal tu... sila alert anak anda yg suka suki cakap seperti bahasa baby.. betulkan bahasa anak anda
# jka anda bekerja sepanjang hari dan keluar awal pagi dan balik malam hari, luangkan juga masa untuk berkomunikasi dengan anak anda.. jgn biarkan anak anda berkomunikasi dengan tv atau tab
# kadang2 anak anda boleh terima percakapan pelbahgai bahasa dalam satu masa... tp ada sesetengah anak dia menjadi keliru
** yang penting sila pastikan perubahan keatas diri anak anda.. budak2 umur 6 tahun sepatutnya dah pandai bercakap, bergaul, menyampaikan pesanan etc
** autisme, slow learner (leaning disabilities), disleksia.. makin banyak dihidapi oleh kanak2 setiap tahun
Bagi ibubapa yang nak rujuk anak kat sini boleh call 03-92895040/5041
Alamat
Klinik Audiologi & Sains Pertuturan
Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
503200 Kuala Lumpur
http://fskb.ukm.my
Saturday, 11 February 2017
Kehidupan dilalui dgn tabah
Zaman sekarang ni semua tahu.. eko no money.. haaha.. iya lar.. .dgn seposen apa yg kita boleh beli skrg? Gula2pun rasanya paling murah 3 biji 20sen... tol naik berkali2.. cth smart tol.. sekarang dah rm4... semak rasa kalbu kan... lagi2 bg yg mempunyai keluarga besar...
Camnepun hidup perlu diteruskan... seperti saya..
Nak belanja gambar saya ngan isa hari ni.. wink wink wink....
update status 22/2/2017 (sabtu)
Sudah bertahun saya tidak menjamah halaman blog saya... entah dimana silapnya... jiwa saya tiada disini untuk seketika. sekarang Isa Rashveen sudahpun memasuki tahun 4 disekolah dan berumur 10 tahun.. sekejap je masa berlalu... tangis dan tawa kami bersama... dah jadi anak teruna ibu... dah pandai masak nasi dan hidangkan untuk ibu..
Iya... saya ajarkan Isa memasak nasi.. kupas dan potong bawang.. vacum rumah... basuh kasut.. sapu rumah.. sbb saya tak nak Isa menghambakan isterinya bila kawin nanti... saya nak Isa menghormati segala pengorbanan wanita.. lebih2 lagi pada zaman sekarang wanita juga menyumbang ekonomi dalam keluarga... penat dipejabat ditambah lagi bila balik dirumah utk menguruskan rumahtangga... doa saya agar anak saya ini menjadi anak yg soleh dan terbaik untuk ibu dan isteri serta anak2....
so now.. im back....
#gambar ni di ambil 3/10/2015
#gambar ni ni ambil 18/7/2015
warm up dulu... hihihihi
Monday, 21 September 2015
Inilah rutin kami setiap minggu... aku rela sentiasa bersamanya. Semoga kasih kasih sentiasa bersemi
Tuesday, 26 May 2015
Sekarang Isa Rashveen sudah besar... 8 tahun
sudah lama saya tidak meloretkan pena keyboard disini
bertahun rasanya... sibuk sungguh dengan segala urusan
hari ni teringin melayari blog usang ini... jika sebuah buku maka sudah usang dan agak kekuningan kondisinya
isa... yang dulu dipanggil chubby sudah besar dan makin banyak karenahnya
sudah bersekolah di darjah 2. cukup sekejap masa berlalu
InshaaAllah jika terluang saya akan tampilkan gambar terbaru dia disini. Cerita thomas & friends masih diminati... cuma barang mainan sudah berkurangan. Kini Isa lebih fokus kepada pembinaan lego. Katakan apa saja kepada dia.. dia akan cuba menyusun lego seperti dinasour dan kereta lumba
ok... cuma disini saja loretan keyboard saya... mohon bawa diri dulu.
Saturday, 22 March 2014
Batuk dan Selsema
Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.
Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doktor.
Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma.
Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.
Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.
Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling)
info lanjut doktorbudak.com
Meredakan Kepanasan Anak Demam VOL 2
Guna khidmat uncle google je dah dapat banyak info. Kat sini saya cuma kumpulkan sedikit sebanyak info bagi memudahkan ibu2 mendapatkan maklumat.
Segala info di blog saya ni kawan2 boleh copy & paste untuk disebarkan kepada teman2 yang lain pula, Inshaa Allah.. sama2 kita berkongsi :-)
Kali ini pekata ibu cuba pula putih telur. Cara2nya ialah:-
Dapatkan putih telur dan celup dengan sapu tangan kecil atau tisu. Sebatikan dia dan tekapkan pada tapak kaki si anak dan pakaikan stoking supaya sapu tangan atau tisu tadi tidak tercabut dan melekap dengan elok di tapak kaki.
Biarkan setengah jam atau hingga keesokkan paginya.
Selain daripada boleh gunakan daun bunga raya.
Ramas sampai berbuih dan berlendir.... tapiskan ia. Sapukan lendir atas kepala dan biarkan sampai kering dengan sendirinya.... boleh diulang sapuan berulangkali... Air yang menitis dari kepala terasa suamnya...
p/s: bagi yang sering sakit kepala boleh juga gunakan method ini. InsyaaAllah akan terasa ringan dan sejuk kepala.
Air Asam Jawa yang pekat juga boleh digunakan.
Ramas asam jawa yang di campur air dan sapukan pada kepala dan juga bada. Biarkan kering.
p/s: bagi yang mengalami tumit merekah boleh diubati dengan air asam jawa. Amalkan selalu, InshaaAllah
Daun Durian Belanda boleh juga di cuba... sama dengan method penggunaan daun bunga raya
Buah kembang Semangkuk juga dikatakan dapat membantu menurunkan suhu badan yang tinggi.
Caranya dengan merendam semalaman buah tersebut dan ia akan mengeluarkan jelly.. Minum air jelly tersebut. Kalau nak sedap sikit boleh ditambah dengan gula batu
Kita berusaha dan Allah juga yang menyembuhkannya :-)
Meredakan Kepanasan Demam VOL 5
Kaedah Merawat Demam Menurut Islam
Meredakan Kepanasan Demam VOL 4
Pengalaman saya sebelum ini menggunakan madu pada tempat jahitan yang bernanah cukup-cukup memeranjatkan.
Opsss... sebelum melalut daripada tajuk elok saya kongsikan idea penggunaan madu untuk sesiapa yang deman, selsema dan batuk. Caranya mudah saja..
bancuh 1 sudu madu dan setitik lemon dgn air setengah cawan air suam.
Minum 2 atau 3 kali sehari. InsyaaAllah suhu badan akan turun dlm masa 1/2 jam dan demam akan kebah.
Tidak perlu ambil ubat demam dan sebagainya.
Ok... berbalik kepada antibiotic yang cukup bagus kesannya...
caranya ialah saya cuci dahulu luka tersebut dengan SALINE, keringkan dan sapu madu menggunakan putik kapas, tekapkan dengan kain (untuk luka-saya tak tahu napanya) dan dilekatkan dengan plaster. Bila bangun esok paginya Alhamdulillah nanahnya sudah kering.
Meredakan Kepanasan Demam VOL 3
Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
atau;
5. Doa demam panas (1x)
Maksudnya:
Maksudnya:
Meredakan Kepanasan Anak Demam VOL I
1. Pastikan anak betul- betul demam
Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.
Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.
Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.
HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA
Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL
Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.
Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.
4. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.
Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah
Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.
Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.
Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.
6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.
7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.
Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.
Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen
Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.
Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).
Sumber: Facebook Anak-anak Comel
Tuesday, 14 January 2014
Kajian kebaikan habbatus sauda
Saturday, 21 December 2013
Pemeriksaan percuma mata di UKM
tak tahu nak mula camner... veen tengah sakit kepala... pulak tu nak kena karang benda yang sama untuk kali kedua plak.. so bored...
2 ari lepas dah siap karang tetiba waktu 'send' phone veen jadi 'hang'.... geram je...
tak pe.. hari ni veen ada semangat sket nak mengarang...
tiap tahun seperti biasa veen akan pergi buat pemeriksaan mata di klinik mata UKM Raja Muda Abdul Aziz... dan ianya PERCUMA... oh pehlesss... mana ada percuma lagi sekrang ni???? haaa... klinik ni sememangnya percuma... tu yang veen shuke tuuu... ahaksss..
opsss... ada sebabnya lagi veen suka gi sana... walaupun student yg check mata kita n kita ni ibarat ujikaji dorang (apa salahnya tolong dorang wat case study kan?) tapi supervisor akan sedia memberi tunjuk ajar kat dorang.. jangan risau... dorang tersilap bagi power mata ke apa.... at the end supervisor akan memberi nasihat dan pemantauan..
biasa kalau kita gi check mata kat kedai dorang akan bg power yg lebih (salah satu strategi dorang spy mata korang lagi rabun.. ermmm. teori sendiri).. dan mata rasa tak selesa mula2 pakai spek kan?
tapi kat sini korang boleh dapat jumlah kerabunan yang lebih tepat... (accurate) bila wat spek tu rasa selesa je... tak rasa senak mata atau pening kepala..
dorang gak akan periksa kesihatan mata, kekeringan mata dan sarap belakang mata,, which is kalau ada sebarang salur darah pecah kat belakang mata tu dapatlah tahu... (biasanya kes ni untuk penyakit darah tinggi) P/s: kalu info tak tepat tolong betulkan ye :-)
last skali sebenarnya veen buat RGP lens kat sana... order kat deme RM180 untuk satu means kalu sepasang kalilah dengan 2 ye... hihihi
kebaikan RGP lens ni pandangan lagi sharp... oksigen dalam mata cukup dan dia tak absorb kekotoran sbb dia keras... dan ianya cukup tahan... lebih kurang 2 tahun gitu... aaa.. jimat per...
kat bawah veen attach pic klinik optometri UKM (area chowkit).. dah cantik dan besar.. bersih pulak tu... baru renovation n nampak kelasss gitu..
kalu anak mengalami masalah kerabunan mata veen cadangkan ibu2 pergi check disana.. dapatkan power mata yang tepat dan cermin mata ada dijual disana dengan harga yang murah :-)
opss.. sebelum lupa korang kena wat appointment dulu di talian 03-92897499/7600
Sunday, 15 December 2013
Con Sundae
veen suka sangat makan eskrim... fuh... lebih2 lagi lepas lunch... sejuk je dlm peyot ni..
taaapi... badan skrg ni bagai di pam... montel cam pisang montel.. uhuk.. tak perrr.. kutuk diri sendiri. ya dak?
sebenarnya veen baru menerai application dlm android ni... blogger mll fon je... org dah sampai ke bulan veen baru nk belajar menapak.. uhukkk...
sambil tu veen mengeksposekan diri yang montel itu... huhuhu
Saturday, 14 December 2013
Isa Rashveen & thomasnya
dah lama sungguh veen tak meloret bahasa di sini... sesungguhnya pelbagai ceritera dan nostalgia veen lalui sepanjang 2013.. dan kini akan berakhir tahun 2013 dan veen muncul diakhir usia 2013...
isa rashveen sudahpun mencapai umur matang untuk persekolahan darjah 1 pada 2014... sesungguhnya masa itu terlalu cepat.... umur veen makin menghampiri usia 40an... oh.. sudah berusia diri ini....
opsss.... banyak pula membebel isi hati di sini...
isa rashveen masih lagi menggilai Thomas and friends... untie vogue aka kak salmiah menghadiahkan isa set Tupperware & bekas air Thomas and friends... TQ so much akk.... sayang ketat2 kat akk..




