Wednesday, 2 November 2011

Taman Buaya, Melaka


Destinasi hari minggu... (Jumaat, 28/10/2011)

Temankan pak sedara sekeluarga yang datang dari Terengganu...

Pergi Taman Buaya, Melaka... pelbagai jenis buaya kat sana... mungkin terselit juga buaya darat dicelah2 taman itu... hehehe..
Pose yang cantik dari anak2 yang comel... zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah sekali.. Sebagai ibu bapa, kita bekalkan sebakul bunga nan wangi di teluk jiwa mereka sebagai kenangan manis seumur hidup mereka... Wangian itu akan kekal mereka kenang hingga akhir hayat walau apapun onak dan duri yang mereka lalui sepanjang kehidupan mereka...



Nak naik juga train.. RM2 setiap orang.... puas hati bila dapat naik... katanya ada hantu kat tengah perjalanan
veen tunggu kt luar jer...

Dalam dalam sangkar burung.. kena hati hati, silap haribulan burung berak atas kepala...
Naik cawan berpusing, RM2 setiap orang.. lama betul apek tu pusing.. makin lama makin laju... menjerit-jerit dorang... hihihi
Tempat kesukaan Isa Rashveen... kolam renang... sebenarnya datang kat sini tak mahal... taman rekreasi termasuk skali ngan tempat kolam ni cuma RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak 6 tahun ketas.  5 Tahun kebawah FREE...
Memang puas hati murah dan berbaloi.... memacam boleh tengok termasuk pelbagai binantang selain daripada buaya, replika bangunan yg terkenal termasuk klcc

No comments:

Post a Comment