Monday, November 7, 2011

Siapa aku ini?...

Aku bukan seorang suami
tapi
aku seorang isteri

Aku bukan seorang lelaki
tapi
aku seorang wanita

Aku bukan seorang bapa
tapi
aku seorang ibu

Aku bukan seorang surirumah
tapi
aku seorang pekerja

TAPI

kenap harus ku galas semua itu?
tiada hatikah atau hati batukah dikau?

Mana janjimu dengan Allah?
Mana janjimu dengan isterimu?
Mana janjimu dengan anakmu?
Mana kebajikan kami?
Mana tanggungjawab dan amanahmu?

Dimana hendak ku letakkan sekeping ros kecil
Yang semakin layu dan hilang wangiannya
Jika direnjis sekalipun tetap pudar warnanya
Tetap hilang serinya

Aku pasrah walau pedih
Aku pilu dalam sedih
Aku rintih dalam tangis
Aku layu dalam sendu

Kekuatanku kembali
Demi si kecil yang tak mengerti
Sinaran cahaya merenjis kedap
Di pelusuk jiwa nan indah

No comments:

Post a Comment