Thursday, January 14, 2010

Semalam, hari ini dan esok

Semalam
Episod duka melirih hati
Menerjah hati sayu terburai
Menahan sakit torehan jiwa

Hari ini
Tangkas ku tepis
Ku campak penderitaan
Ku tepis kepiluan

Esok
Tiada ku duga
Tiada ku sangka
Tiada ku ketahui

Cuma
Laluan ini penentu Ilahi
Penyerahan diri mendamaikan jiwa
Penuh harapan
Berlalulah derita hati

No comments:

Post a Comment