teringat zaman kanak-kanak dulu... veen mmg suka sangat bercucuk tanam ni.. pokok ekor gajah dan misai kucing yg kata orang susah nak hidup tu pun, sekali tanam je dah subur... mmg subur sgt pokok misai kucing dt depan dapur tu....pokok ekor gajah veen tanam sebelah dapur pun subur menghijau dan rendang...
masa darjah 3 dulu mmg veen tengah rancak bercucuk tanam, asal nampak pokok bunga yang berkenan jer, terus veen mintak anak untuk disemai atau tanam... seronok sungguh zaman dedulu...
sekarang veen dah tak de masa, tp sesekali rindu nak menanam.. tahun lepas, bulan2 sewaktu balik ketika kematian ayah, veen ambik anak pokok pisang untuk ditanam kat rumah sekangkang kera ni. so, dah setahun lebih pokok 'pisang emas' ni... tp masih kecih dan belum berbuah lagi... tak cukup baja agaknya..
ni plak pokok 'pisang tanduk' sama tarikhnya dengan pokok pisang emas tp dah tinggi pokoknya. masih juga belum berbuah.. tatu nape.. kawan kata pokok ni mmg lambat berbuah.... huhuhu... tak per... veen masih setia menunggu pisang yang belum berbuah ni...
pisang ni kalu goreng ngan tepung gandum, sebiji telur, sedikit garam dan gula... fuhhhh.... anak menangis pun tak dengar.... sedapppp... kalah rasa pisang goreng biasa tu...
p/s: sila abaikan belukar kat rumah veen ni... lagi kerap hujan lagi berlumba dia tumbuh, lagi tinggi dia naik.. agaknya nak lawan tinggi pokok pisang ni kot....
kalu sapa tak tahu pokok apa ni maknanya tak yah jadi bini orang ler... tak lepas exam ngan mak mertua ni.....hihihi.. 'pokok pandan' ni begitu subur kat blakang rumah veen ni.... veen suka carik-carikkan daun dan letak dalam beg yg ada ruang udara tu, letak dalam kereta... ermmm,,,,, wangi gitu... tak yah membazir duit beli perfume kereta....
'pokok lengkuas' ni veen tanam guna baki lengkuas yg veen beli kat pasar... Alhamdulillah, hidup jua pokokku ini.... |
No comments:
Post a Comment