anak sembelit

Saya rasa susah hati bila anak sembelit... tak selalu tp kadang2 je.... ada satu tahap tu, Rashveen tok leh tido dan asyik menangis.... dok teran tp tak keluar gak... bawak gi klinik tp punyalah susah nak makan ubat... habis tersembur kemuka....
Cari kat pakcik google... terjumpalah satu blog yg bagi petua anak sembelit.

Caranya: Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai.  Dan susu yg dicampur kanji/tepung sagu dibancuh menggunakan air suam-suam kuku atau air masak sahaja.  Kalau terlebih panas nanti kanji akan masak

Hari ni 1/3/2011... veen terjumpa satu lagi blog yg membincangkan pasal sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak..
Disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern.

Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh gula perang (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak.

Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.

Perlu veen ingatkan kepada ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita.



Selain daripada itu cubalah LACTUL SOLUTION for treatment of Constipation... disyorkan oleh kawan ofis... anak dia pernah sembelit dan dia menggunakannya.  Feedback drpd dia mmg positif.
Kakak dia kerja di bahagian kanak-kanak... Harga dia RM10.90.. boleh dicampur dengan air atau susu, diberi pada waktu malam.  Tapi untuk anak veen rasanya tidak berjaya.

Bagi pengalaman peribadi, tepung kanji lagi efektif berbanding ubat lain (tepung sagu susah sangat nak jumpa... tatau kat kedai mana ada jual).  Veen cuma bagi pada waktu malam dan keesokkannya anak veen terus berak dan kadang-kadang sampai 3 kali sehari.  Sebab itu, nika anak tidak mengalami sembelit yang serius, cuma perlu diberi tepung kaji sekali sehari jer atau bergantung kepada keperluan.  Jika terlebih dikhuatiri anak menjadi cirit birit.

Dan satu lagi kenapa veen mensyorkan tepung kanji/sagu adalah kerana ia memang bebas kimia berbanding ubatan lain.

28 comments:

Anonymous said...

thanks veen... information yg sgt bagus..sy akn cuba utk anak sy..sb dia mmg sembelit teruk..mcm2 susu tukar..tp still sembelit...

veen... said...

sekarang sembelit anak camner?
satu petua saya dapat dari sinsei (aritu pegi cari ubat sembelit kat kedai ubat cina) dia kata masukkan satu sudu madu lebah dalam setengah cawan air suam, kacau dengan sudu besi dan bg minum. Amalkan setiap malam sebelum tido.

Tp anak sy tak suka madu, cukup susah bg kat dia so saya cari alternatif lain iaitu tpg kanji. Untuk dewasa elok amalkan madu untuk tujuan pelawasan.. dan saya mmg amalkan... perut pun kempis sket...

veen... said...

opsss... bukan sudu besi tp sudu stainless steel.. tak tau kenapa guna stainless steel tp pernah baca tempat penyimpanan madu yg paling baik ialah kaca dan stainless steel...
tp yg biasa sy dengar penggunaan sudu plastik, kayu atau sudu seramik tu... nanti kalau ada info pasal stainless steel ni saya akan submit kat cni...

Anonymous said...

tq veen.terus je pg beli tepung ubi td.risau tgk anak meneran2 tapi tak keluar apa..btw,madu takpe ke bg mkn?sbb sy ada baca,baby bahaya sikit bg madu..ada yg alah..

veen... said...

Secara peribadi saya galakkan anak2 kita diberi madu lebah sbb kebaikan madu lebah dah terang lagi jelas di dalam al-Quran.

Surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Berikan satu sudu kecik kepada anak kita setiap hari. Saya lebih suka campurkan dengan setengah cawan air atau susu untuk anak saya.

Terlalu banyak kelebihan madu lebah, cuma jika anak alergik madu, cuba cari alternatif lain.

Anonymous said...

nampaknya tepung tu tak berkesan..sy try berbotol2 :( tapi alhamdulillah dgn izin Allah luckily gula perang+air masak tu berkesan.or maybe susu jgk kot..sy dah switch ke dulac skrg.dahla asik berak je kejenye hehehe..tentang madu tu,sy nak jgk cuba tp mungkin bila dia dah setahun la kot..mmg tak dinafikan byk khasiat..cuma nak ambil precaution,harap2nya tak alah :)

Anonymous said...

tq veen.. sy pn ade ank yg sembelit.. kesian sgt kat die bl mneran tp x kuar2.. sll sgt jd.. skang ni stop bg makan solid food..mcm nasi..bl mkn nasi je msti jd..

veen... said...

Alhamdulillah... baby dah tak sembelit dah... kita sbg ibu sebenarnya risau bila anak sembelit atau sakit... serba tak kena rasanya....
Ada pelbagai petua sembelit dan cuba mana yg sesuai... rupanya baby sesuai gula perang+air masak...:-)

Anonymous said...

Gula perang tu bleh campur dgn susu skali ke?tq..

veen... said...

boleh,
tambahkan 1 sudu teh gula perang (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak

Dina Shuhadah said...

maaf nk tanya..kalau 4scope susu sy tambah 1 sudu teh gula perang ok ke tu...pls advise ..tq

veen... said...

2 aun = lebih kurang 27 ml susu atau air. Dan tambah satu sudu teh gula perang.

Nak senang saya rasa lebih kurang setengah cawan air atau kurang.

4 scope susu tu lebih kurang 90 ml air kan? banyak sgt tu...

rini said...

salam...tepung kanji tu tepung ubi kayu ke?

veen... said...

Tak tau lah rini,,, saya pun konpius.... huhuhu,,
tapi kalau kat kedai saya ada jumpa 'tapioca flour' yakni tepung ubi kayu. Mungkin sama kot

iNtAn DiYaNa said...

Salam...maaf saya kurang faham..nak tanya la...klau bby saya umur 2bln boleh ke saya try cara diatas...

Anonymous said...

owhh..sy nk try lah nanti..anak sy pon selalu sembelit..cian die nanges2 dok teran2.. tq yer sis

Anonymous said...

em sy pun ada ank masalah sembelit n dr kecik lg dia jd cmtu..asik tukar2 susu jer..masih sama...sian tgk anak neran n nangis..sy pun sedih..tq sis bg petua..sy nk try la...

Anonymous said...

Veen my baby ni baru 5 month plus. . Lg 10 days dh masuk 6 months. . . So bole ke guna petua ni. . .sy baru bg mkn neslec stage 1 . . Dh3 hari tak berak n bile betak tahi dia brketul n keras. . Kesian tgk dia. . .

veen... said...

Minta maaf sebab lambat reply. Saya rangkum semua jawapan yer....
i) Semua petua diatas boleh diberi kepada bayi tak kira berapa bulan sebab pemberian tepung atau gula perang yang semulajadi. Tidak 'harm' kepada sistem perkumuhan bayi atau perut bayi.
ii) Sebolehnya janganlah diberi solid food kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan kerana sistem penghadaman bayi belum lengkap atau belum matang lagi. Kesian kat bayi tu takut ada masalah perut bila besar nanti. Tapi untuk kepastian boleh cari'uncle google',,,,
Bagi saya baby dah kenyang dengan susu sahaja ataupun campurkan sedikit nestum kedalam susu dengan kurangkan sukatan susu tersebut.

Anonymous said...

cuba try bagi oatmilk produk Biogreen tapi utk bayi 12 bulan ke atas je boleh cuba susu ini. anak saya hadapi masalah sembelit dari umur 1 tahun sampai sekarang nak masuk 3 tahun, tapi lepas saya cuba bagi dia minum oatmilk, sekarang setiap hari dia berak tiada masalah lagi.

Anonymous said...

Oatmilk hanya sebagai minuman sampingan je, sehari sekali saja sy berikan satu botol lebih kurang 7oz pada waktu malam. pengambilan susu biasa masih perlu diteruskan.

Anonymous said...

oatmilk produk biogreen jenis ape ye?

veen... said...

ya, oat memang elok untuk kesihatan dan perut. Kalau orang dewasa ambil oat pun mmg akan memudahkan penghadaman :-)

Anonymous said...

Klu bg brown sugar +air suam brp kali sehari?

Anonymous said...

salam....suke saye bace seme yg ade diatas tu...dpt banyak info....masalahnye anak saye yg 2 thn setengah pun kdg2 sembelit...yg peliknye mase g taska...balik mesti x berak sehari tu..time cuti weekends ngan saye ok je......kesian tgk die nangis kan sakit sakit.....anak saye dari 4 bulan smpi skang susu nan...ade effect ke kalau x tukar susu?

veen... said...

Cuba wat camni lak, pepagi sebelum hantar anak taska, berikan anak minum air madu dulu. Air madu boleh melawaskan perut :-)

Saya amalkan semasa perut kosong minum air madu, sampai ofis mesti akan buang air besar. Lawas rasanya... hihihi...

Siti Hajar said...

Salam,ank sya mengalami sembelit yg teruk,bru2 ini sya ada beri tepung ubi sebab org kata tepung ubi n tepung kanji sama,mula2 beri dia popoo ok jew tiap2 Ari pastu selang 2 Ari sekali,dlm 3 Ari nie dia mcm mengalami sembelit,x keras mna cuma ckit2,semalam sya berikan dia tepung kanji ori dan tgah mlm sya berikan dia sesudu madu campur d dalam susu nyer,,pgi tadi dia ada popoo nmpk mcm ok sikit,ok x sis klu sya still berikan ank mcm tu? Sebab ank memg kuat sembelit..madu x membahayakan untuk kesihatan ank sya?

veen... said...

madu elok untuk kesihatan.... leh bancuh dengan air suam....

cuma setiap malam cuba amalkan aktiviti fizikal.. maksud saya, mula2 letakkan baby oil (saya gunakan baby oil cth AMWAY dan jgn gunakan vicks atau minyak cap kayu 3) di perut, tapak kali, di belakang kepala lutut... urut pelahan2 dan angkat kaki dan goyang secara bulatan (macam kayuh basikal). Jangan lupa juga urut bahagian belakang dari atas kebawah.

Post a Comment