Thursday 11 November 2010

anak sembelit

Saya rasa susah hati bila anak sembelit... tak selalu tp kadang2 je.... ada satu tahap tu, Rashveen tok leh tido dan asyik menangis.... dok teran tp tak keluar gak... bawak gi klinik tp punyalah susah nak makan ubat... habis tersembur kemuka....
Cari kat pakcik google... terjumpalah satu blog yg bagi petua anak sembelit.

Caranya: Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai.  Dan susu yg dicampur kanji/tepung sagu dibancuh menggunakan air suam-suam kuku atau air masak sahaja.  Kalau terlebih panas nanti kanji akan masak

Hari ni 1/3/2011... veen terjumpa satu lagi blog yg membincangkan pasal sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak..
Disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern.

Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh gula perang (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak.

Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.

Perlu veen ingatkan kepada ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita.



Selain daripada itu cubalah LACTUL SOLUTION for treatment of Constipation... disyorkan oleh kawan ofis... anak dia pernah sembelit dan dia menggunakannya.  Feedback drpd dia mmg positif.
Kakak dia kerja di bahagian kanak-kanak... Harga dia RM10.90.. boleh dicampur dengan air atau susu, diberi pada waktu malam.  Tapi untuk anak veen rasanya tidak berjaya.

Bagi pengalaman peribadi, tepung kanji lagi efektif berbanding ubat lain (tepung sagu susah sangat nak jumpa... tatau kat kedai mana ada jual).  Veen cuma bagi pada waktu malam dan keesokkannya anak veen terus berak dan kadang-kadang sampai 3 kali sehari.  Sebab itu, nika anak tidak mengalami sembelit yang serius, cuma perlu diberi tepung kaji sekali sehari jer atau bergantung kepada keperluan.  Jika terlebih dikhuatiri anak menjadi cirit birit.

Dan satu lagi kenapa veen mensyorkan tepung kanji/sagu adalah kerana ia memang bebas kimia berbanding ubatan lain.

43 comments:

  1. thanks veen... information yg sgt bagus..sy akn cuba utk anak sy..sb dia mmg sembelit teruk..mcm2 susu tukar..tp still sembelit...

    ReplyDelete
  2. sekarang sembelit anak camner?
    satu petua saya dapat dari sinsei (aritu pegi cari ubat sembelit kat kedai ubat cina) dia kata masukkan satu sudu madu lebah dalam setengah cawan air suam, kacau dengan sudu besi dan bg minum. Amalkan setiap malam sebelum tido.

    Tp anak sy tak suka madu, cukup susah bg kat dia so saya cari alternatif lain iaitu tpg kanji. Untuk dewasa elok amalkan madu untuk tujuan pelawasan.. dan saya mmg amalkan... perut pun kempis sket...

    ReplyDelete
  3. opsss... bukan sudu besi tp sudu stainless steel.. tak tau kenapa guna stainless steel tp pernah baca tempat penyimpanan madu yg paling baik ialah kaca dan stainless steel...
    tp yg biasa sy dengar penggunaan sudu plastik, kayu atau sudu seramik tu... nanti kalau ada info pasal stainless steel ni saya akan submit kat cni...

    ReplyDelete
  4. tq veen.terus je pg beli tepung ubi td.risau tgk anak meneran2 tapi tak keluar apa..btw,madu takpe ke bg mkn?sbb sy ada baca,baby bahaya sikit bg madu..ada yg alah..

    ReplyDelete
  5. Secara peribadi saya galakkan anak2 kita diberi madu lebah sbb kebaikan madu lebah dah terang lagi jelas di dalam al-Quran.

    Surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

    “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

    Berikan satu sudu kecik kepada anak kita setiap hari. Saya lebih suka campurkan dengan setengah cawan air atau susu untuk anak saya.

    Terlalu banyak kelebihan madu lebah, cuma jika anak alergik madu, cuba cari alternatif lain.

    ReplyDelete
  6. nampaknya tepung tu tak berkesan..sy try berbotol2 :( tapi alhamdulillah dgn izin Allah luckily gula perang+air masak tu berkesan.or maybe susu jgk kot..sy dah switch ke dulac skrg.dahla asik berak je kejenye hehehe..tentang madu tu,sy nak jgk cuba tp mungkin bila dia dah setahun la kot..mmg tak dinafikan byk khasiat..cuma nak ambil precaution,harap2nya tak alah :)

    ReplyDelete
  7. tq veen.. sy pn ade ank yg sembelit.. kesian sgt kat die bl mneran tp x kuar2.. sll sgt jd.. skang ni stop bg makan solid food..mcm nasi..bl mkn nasi je msti jd..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... baby dah tak sembelit dah... kita sbg ibu sebenarnya risau bila anak sembelit atau sakit... serba tak kena rasanya....
    Ada pelbagai petua sembelit dan cuba mana yg sesuai... rupanya baby sesuai gula perang+air masak...:-)

    ReplyDelete
  9. Gula perang tu bleh campur dgn susu skali ke?tq..

    ReplyDelete
  10. boleh,
    tambahkan 1 sudu teh gula perang (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak

    ReplyDelete
  11. maaf nk tanya..kalau 4scope susu sy tambah 1 sudu teh gula perang ok ke tu...pls advise ..tq

    ReplyDelete
  12. 2 aun = lebih kurang 27 ml susu atau air. Dan tambah satu sudu teh gula perang.

    Nak senang saya rasa lebih kurang setengah cawan air atau kurang.

    4 scope susu tu lebih kurang 90 ml air kan? banyak sgt tu...

    ReplyDelete
  13. salam...tepung kanji tu tepung ubi kayu ke?

    ReplyDelete
  14. Tak tau lah rini,,, saya pun konpius.... huhuhu,,
    tapi kalau kat kedai saya ada jumpa 'tapioca flour' yakni tepung ubi kayu. Mungkin sama kot

    ReplyDelete
  15. Salam...maaf saya kurang faham..nak tanya la...klau bby saya umur 2bln boleh ke saya try cara diatas...

    ReplyDelete
  16. owhh..sy nk try lah nanti..anak sy pon selalu sembelit..cian die nanges2 dok teran2.. tq yer sis

    ReplyDelete
  17. em sy pun ada ank masalah sembelit n dr kecik lg dia jd cmtu..asik tukar2 susu jer..masih sama...sian tgk anak neran n nangis..sy pun sedih..tq sis bg petua..sy nk try la...

    ReplyDelete
  18. Veen my baby ni baru 5 month plus. . Lg 10 days dh masuk 6 months. . . So bole ke guna petua ni. . .sy baru bg mkn neslec stage 1 . . Dh3 hari tak berak n bile betak tahi dia brketul n keras. . Kesian tgk dia. . .

    ReplyDelete
  19. Minta maaf sebab lambat reply. Saya rangkum semua jawapan yer....
    i) Semua petua diatas boleh diberi kepada bayi tak kira berapa bulan sebab pemberian tepung atau gula perang yang semulajadi. Tidak 'harm' kepada sistem perkumuhan bayi atau perut bayi.
    ii) Sebolehnya janganlah diberi solid food kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan kerana sistem penghadaman bayi belum lengkap atau belum matang lagi. Kesian kat bayi tu takut ada masalah perut bila besar nanti. Tapi untuk kepastian boleh cari'uncle google',,,,
    Bagi saya baby dah kenyang dengan susu sahaja ataupun campurkan sedikit nestum kedalam susu dengan kurangkan sukatan susu tersebut.

    ReplyDelete
  20. cuba try bagi oatmilk produk Biogreen tapi utk bayi 12 bulan ke atas je boleh cuba susu ini. anak saya hadapi masalah sembelit dari umur 1 tahun sampai sekarang nak masuk 3 tahun, tapi lepas saya cuba bagi dia minum oatmilk, sekarang setiap hari dia berak tiada masalah lagi.

    ReplyDelete
  21. Oatmilk hanya sebagai minuman sampingan je, sehari sekali saja sy berikan satu botol lebih kurang 7oz pada waktu malam. pengambilan susu biasa masih perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  22. oatmilk produk biogreen jenis ape ye?

    ReplyDelete
  23. ya, oat memang elok untuk kesihatan dan perut. Kalau orang dewasa ambil oat pun mmg akan memudahkan penghadaman :-)

    ReplyDelete
  24. Klu bg brown sugar +air suam brp kali sehari?

    ReplyDelete
  25. salam....suke saye bace seme yg ade diatas tu...dpt banyak info....masalahnye anak saye yg 2 thn setengah pun kdg2 sembelit...yg peliknye mase g taska...balik mesti x berak sehari tu..time cuti weekends ngan saye ok je......kesian tgk die nangis kan sakit sakit.....anak saye dari 4 bulan smpi skang susu nan...ade effect ke kalau x tukar susu?

    ReplyDelete
  26. Cuba wat camni lak, pepagi sebelum hantar anak taska, berikan anak minum air madu dulu. Air madu boleh melawaskan perut :-)

    Saya amalkan semasa perut kosong minum air madu, sampai ofis mesti akan buang air besar. Lawas rasanya... hihihi...

    ReplyDelete
  27. Salam,ank sya mengalami sembelit yg teruk,bru2 ini sya ada beri tepung ubi sebab org kata tepung ubi n tepung kanji sama,mula2 beri dia popoo ok jew tiap2 Ari pastu selang 2 Ari sekali,dlm 3 Ari nie dia mcm mengalami sembelit,x keras mna cuma ckit2,semalam sya berikan dia tepung kanji ori dan tgah mlm sya berikan dia sesudu madu campur d dalam susu nyer,,pgi tadi dia ada popoo nmpk mcm ok sikit,ok x sis klu sya still berikan ank mcm tu? Sebab ank memg kuat sembelit..madu x membahayakan untuk kesihatan ank sya?

    ReplyDelete
  28. madu elok untuk kesihatan.... leh bancuh dengan air suam....

    cuma setiap malam cuba amalkan aktiviti fizikal.. maksud saya, mula2 letakkan baby oil (saya gunakan baby oil cth AMWAY dan jgn gunakan vicks atau minyak cap kayu 3) di perut, tapak kali, di belakang kepala lutut... urut pelahan2 dan angkat kaki dan goyang secara bulatan (macam kayuh basikal). Jangan lupa juga urut bahagian belakang dari atas kebawah.

    ReplyDelete
  29. Kalau susu campur tepung tu, susu tu tak rasa lain ker....

    ReplyDelete
  30. Assalam.. ank saya start sembelit dr 8 bln,.. skrng dh 3thn.. stil mcm tu.. mcm2 saya try. Dulu trpaksa guna ubt sumbat tuk bg berak.. sian tgk nangis.. bdn pn xbesar..skrng saya guna lactul solution., beli kt farmasi. Tapi doktor hospital xbagi guna selalu.. katanye hidrasi.. so saya risau... saya nk cuba gula perang.. mg bkesan pd ank saya.

    ReplyDelete
  31. kalau ikut pengalaman saya sebelum ini saya minum je susu di campur tepung.

    cubalah mana2 yang sesuai dengan anak. dan boleh juga berikan buah betik.

    ReplyDelete
  32. tq tuk info..sy akn cuba yg gula perang..ank sy 2,3 hari sy akn korek taik dia..dia mmang sakit..tp tpksa coz ank mmang tkot nk mneran..i2 je jln paling mudah rasenye..

    ReplyDelete
  33. salam..anak sya 2 tahun. smbelit dia truk.dr mase baby lg.kcian tgk dia teran..xpe ke klu slalu bg ubat sumbat?..tepung kanji tu trus campur dlm susu mcm tu je ke?

    ReplyDelete
  34. anak sy sebelum ni xsembelit n akn poo poo tiap2 hari atau selang sehari skli.. genap umur setahun, bby sy dapat jalan n makan mcm biasa.. tp sejak2 nih dalam 2minggu ni bby sy xnak mkn n minum susu jer n sy tahu bila dia just minum susu mst akn sembelit. bby sy spttnya poo poo hari sabtu lepas, tp dia teran2 xkuar gak.. huhu.. n semalam pn dia teran lg pn xkeluar n dalam satu hari mst akn teran 2 atau 3 x. Memang kesian sy tgk dia :(. Saya akn cuba apa yg veen cuba nih.. risau tgk anak xpoo poo.. huhu

    ReplyDelete
  35. Inshaa Allah Anony
    Sebab saya pun bancuh susu dengan tepung kanji untuk anak. Alhamdulillah dia boleh poo poo senang

    ReplyDelete
  36. Pn Isa... mmg kita sbg ibu ni cukup sensitive...
    mungkin perut dia berangin kot... cuba massage ngan baby oil n buat sedikit regangan seperti yg kayuhkan kaki dia cam kayuh basikal tu...
    pastu urut belakang kepala lutut dia.. (apa yg saya bagtau ni saya praktikkan untuk baby saya sebelum ni.. sekarang baby saya dah besar dah...6 tahun dan tahun depan dah sekolah darjah satu :-))
    selain tu cuba bagi dia minum grape water...

    ReplyDelete
  37. Anak abg skrg ni umur 5tahun, sejak 2bulan lalu selalu ade masalah sembelit. Susah nak buang air besar. Kesian abang nak tgk anak sendiri tiap mlm nangis sbb xleh buang air besar. Mak mertua ade recommend susu tepung yg ade Prebiotics sbb bagui utk rawatan sembelit kanak-kanak. Ade siape yg beli susu tepung yg byk Prebiotics blh recommend kat anak abg??

    ReplyDelete
  38. poo poo senang! anak I dpt poo poo dengan minum Dumex.. ni work ke?

    ReplyDelete
  39. memang kesian bila kanak-kanak sembelit.
    kebanyakannya dengan mak-maknya sekali menangis bila tengok anak meraung dalam bilik air.
    Sedihnya kan...

    Angkara Sembelit Kronik, Bapa Terpaksa Seluk Tangan Untuk Keluarkan Najis. Kasihan Sangat! | Diari Mama

    ReplyDelete
  40. Assalam ibu2..sy nk tnya kt ibu2 yg dh try bg tpg knji atau gula perang kt ank yg umo 3thn yg sembelit ada yg bkesan x?ank sy umo 3thn sembelit trk sgt...sy menangis tiap kali ank sy berak...kesian sgt..bl ank dpt berak najis die bsr n keras...hrp2 sume ibu2 blh share dgn sy...

    ReplyDelete
  41. Assalam ibu2..sy nk tnya kt ibu2 yg dh try bg tpg knji atau gula perang kt ank yg umo 3thn yg sembelit ada yg bkesan x?ank sy umo 3thn sembelit trk sgt...sy menangis tiap kali ank sy berak...kesian sgt..bl ank dpt berak najis die bsr n keras...hrp2 sume ibu2 blh share dgn sy...

    ReplyDelete
  42. Assalam ibu2..sy nk tny ni..ibu2 yg dh try bbh tpg knji atau gula perang tu ada yg bjaya x?ank sy umo 2thn 9bln sembelit trk sgt...tiap kali nk berak ank nges sy pn nges...sian sgt..bl dpt berak njs die bsr n keras....sy hrp ibu2 blh share...

    ReplyDelete