cuma sekadar loretan tangan gemalai menekan keyboard... dari hati & pemikiran lalu terhasil satu coretan...
Thursday, 11 November 2010
berendam dalam tong
5 November 2010, cuti Deepavali...
Ngantuk sangat sampai hampir terlena dalam bilik gosok baju. Tetiba telinga ni terdengar sesuatu yg mencurigakan.... Ya Allah... rupanya dah dok dalam tong air yang besar tu... sebenarnya tong tu untuk air simpanan jika bekalan air terputus.... kat seremban tu tak denyer nak bg notis ke apa.... tup2 air tak der 2-3 hari.. pernah veen mandi ala-ala P. Ramlee.... huhuhu...
Veen dah kunci pintu bilik air sebelah bilik gosok baju ni, tp dia masuk melalui bilik sebelah. Pandai sungguh dia dalam aktiviti mencabar ni..... seriau gak bila pikirkan, takut dia lemas...
Sebelum ni dalam bilik air ni lah vacuum veen jd mangsa.. tengah ralit gosok baju, tetiba bunyi benda diseret... jengok dalam toilet, rupanya tengah nak masukkan air dalam vacuum. Veen alihkan vacuum tu semula, letak dalam bilik sebelah dan terus sambung gosok baju. Pastu suasana sunyi semacam.... veen jengok dalam toilet... hampir pitam dibuatnya... vacuumku dah banjir!!!! dia tak alihkkan vacuum dalam toilet, tp masukkan hos paip air dalam hos vacuum.... jahanam vacuumku......
Labels:
Chubby
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment