Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

Anak kembung perut

17/8/2011 (Rabu)
Semalam, b nangis-nangis sebab sakit perut.  Bila tepuk tepuk perut dia rupanya kembung.  Jadi peut memulas dan susah nak berak.  Di teran tapi tak keluar....

Sebenarnya ada petua orang tua-tua selain urut dengan minyak panas ke seluruh badan, biar keluar segala angin.

Caranya urut kat labu betis anak tu.  Kat situ urut lama sket, pastu urut juga dekat belakang lutut anak dan juga dicelah jari antara ibu jari dan jari telunjuk.  Kat situ banyak angin akan keluar.  Jika orang yang urut tu keluarkan angin, ermmm.... asyik burppp je.. heheheh....

Insya Allah akan beraklah anak kita walaupun keluar sket-sket...

Wednesday, 6 April 2011

anak sembelit....(smbg)















Ubat "Bisacodyl 5 mg" adalah ubat untuk sembelit kanak-kanak.  Fungsi dia sama dengan ubat "Enema" khas untuk kanak-kanak.  Masuk melalui dubur dan ia akan bertindak melicinkan najis untuk keluar.  Tapi tak elok selalu digunakan dikhuatiri akan memberi masalah kepada sistem usus. Harga "Bisacodyl" ialah rm10 baji 4 biji dan "Enema" untuk kanak2 adalah 50 sen sebiji.  "Enema" saya dapatkan di farmasi dan "Bisacodyl" saya dapatkan melalui klinik. 
Beza enema kanak kanak ialah muncungnya lebih kecil dan kandungannya juga kurang daripada enema untuk dewasa sementara fungsinya sama.  Lepas masukkah bisacodyl atau enema dalam dubur, perut akan memulas.... ermmm masa ni lah Rashveen akan meraung sekuat hati, tapi kejap jer... pastu najis keluar... fuhhh... LEGA..... hehehe...
Tapi Veen sangat mengesyorkan gunakan tepung sagu/tepung kanji... Kalau boleh elakkan ubat seperti di atas... salah satu kebaikan tepung ni ilah ia tidak membuatkan perut memulas dan jauh daripada sebarang bahan kimia.  dan senang di dapati di dapur..

Thursday, 11 November 2010

anak sembelit

Saya rasa susah hati bila anak sembelit... tak selalu tp kadang2 je.... ada satu tahap tu, Rashveen tok leh tido dan asyik menangis.... dok teran tp tak keluar gak... bawak gi klinik tp punyalah susah nak makan ubat... habis tersembur kemuka....
Cari kat pakcik google... terjumpalah satu blog yg bagi petua anak sembelit.

Caranya: Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai.  Dan susu yg dicampur kanji/tepung sagu dibancuh menggunakan air suam-suam kuku atau air masak sahaja.  Kalau terlebih panas nanti kanji akan masak

Hari ni 1/3/2011... veen terjumpa satu lagi blog yg membincangkan pasal sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak..
Disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern.

Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh gula perang (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak.

Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.

Perlu veen ingatkan kepada ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita.



Selain daripada itu cubalah LACTUL SOLUTION for treatment of Constipation... disyorkan oleh kawan ofis... anak dia pernah sembelit dan dia menggunakannya.  Feedback drpd dia mmg positif.
Kakak dia kerja di bahagian kanak-kanak... Harga dia RM10.90.. boleh dicampur dengan air atau susu, diberi pada waktu malam.  Tapi untuk anak veen rasanya tidak berjaya.

Bagi pengalaman peribadi, tepung kanji lagi efektif berbanding ubat lain (tepung sagu susah sangat nak jumpa... tatau kat kedai mana ada jual).  Veen cuma bagi pada waktu malam dan keesokkannya anak veen terus berak dan kadang-kadang sampai 3 kali sehari.  Sebab itu, nika anak tidak mengalami sembelit yang serius, cuma perlu diberi tepung kaji sekali sehari jer atau bergantung kepada keperluan.  Jika terlebih dikhuatiri anak menjadi cirit birit.

Dan satu lagi kenapa veen mensyorkan tepung kanji/sagu adalah kerana ia memang bebas kimia berbanding ubatan lain.

Wednesday, 3 March 2010

Petua donut lembut

Baru pagi tadi dapat petua dari seorang rakan yang menjual donut. 
Hampir setiap hari aku beli donut dia sebab lembutnya sampai ke malam.  Su memang tak kedekut petua, Alhamdulillah dan kat sini aku sampaikan pula untuk sesiapa yang nak mencuba.

Petua ni secara agak-agak jer yer.. basicnya cuma rendam ibu royi sampai kembang.  Bila dah kembang tu campurkan sekali ngan 7 sudu atau lebih air kelapa, beberapa sudu susu cair dan 2 biji kuning telur sahaja.  Jangan lupa sedikit garam.

Monday, 1 March 2010

Bila sudah sampai ajalnya.... kata orang tua-tua..

Ayah tercinta meninggalkan kami pada 8/2/2010, hari ahad malam isnin pukul 8.45 malam. Sakitnya cuma seketika.. lebih kurang 3 minggu... hari-hari terakhir dia ingin pulang kerumah dan doktor telah memberinya cuti salama sepuluh hari dan sepatutnya pada 13/2/2010 dia kena pergi semula ke hospital kuala terengganu bagi menyambung semula rawatannya tetapi apakan daya.... Allah terlebih awal menjemputnya....

Ayahku sudah sembab bermula dari kaki dan kata orang tua ajalnya tak lama.... itu cara orang lama tengok keadaan pesakit dan dengan izin Allah jua memang benar petua itu.  Tak sampai seminggu ayah ku pergi jua akhirnya dengan penuh tenang.

Kata orang tua-tua lagi....
Jika mayat itu lembut, maka adalah saudara yang akan menyusulnya...
Kata-kata itu mungkin ada benarnya kerana ..... (nanti akan ku sambung semula ceritanya)....

Thursday, 21 May 2009

Baju Putih Berseri

Jangan campurkan baju putih ngan baju berwarna. Masukkan sabun bersama dengan sesudu besar soda bikarbonat. Rendam sekejap dan basuh kain seperti biasa. Cantik dan putih berseri baju kita gitew....

Cermin Bersih Berkilat

Boleh diaplikasikan pada semua cermin termasuk cermin mata, cermin kereta, tingkap cermin dsb.

Ambil beberapa helai surat khabar lama, ramas dan basahkan dengan air dan sental pada mana-mana cermin. Bilas dengan air dan lapkan pula dengan surat khabar kering.

p/s: selalu tengok kat depan rumah sorang maid jiran sental cermin kereta dengan suratkhabar jer. Berkilat cermin kereta....

Wednesday, 20 May 2009

Sayur Tetap Segar

Bersihkan sayur dan potong. Rendam dengan garam dan cuka selama beberapa minit. Toskan menggunakan bakul berjaring. Gunakan besen biasa untuk menakung air. Balutkan sayur tersebut dengan aluminium wrapper dan simpan dalam peti sejuk. Insya Allah boleh tahan selama seminngu atau lebih.

Contoh sayur ialah sawi, kobis dan seangkatan dengannya.

Tuesday, 19 May 2009

Menghalau Kucing

Kata orang tua-tua kalau tak nak kucing datang dan berak kat halaman rumah kita, cuba ambik beberapa biji limau (tak kira ler limau nipis ke, limau purut ke) potong dan taburkan kat halaman atau tempat yg kucing selalu pergi. InsyaAllah tak datang ler kucing tu.

Tapi bila limau tu kering kena ler ulangi lagi.

Haa.. satu lg kalau tak nak kucing berak tempat yg sama, curahkan minyak gasolin/tanah kat tempat dia berak tu. Minyak tu bleh ilangkan bau tahi kucing yg kuat tu.

Kata orang tabur garam menjadi gak, tapi kalau tabur garam kat perdu pokok, mati kering ler pokok tu, ye dak?

Monday, 18 May 2009

Air Liur Basi

Dedulu arwah nenek selalu pesan, kalau sakit tekak cam nak selsema tu bangun pagi-pagi sebelum kumur, baca selawat dan minum air masak dengan senafas. Alhamdulillah saya amalkan hingga kini.Ruper-rupernya kajian sains mengatakan dalam air liur basi ada enzim yang bagus untuk kesihatan.Dengar kata awet muda kalu selalu amalkan. Dan disarankan minum sebanyak 1.5 liter sebelum gosok gigi sebagai penyembuhan semulajadi.

Kempiskan Perut

Orang tua-tua dulu cuma gunakan jus limau nipis ngan kapur jer untuk kempiskan perut selepas bersalin. Perah 2 biji limau nipis ngan 2 sudu kapur. Gaul sebati dan sapu keliling perut. Pastu gunakan plastic wrapper, balut kemas-kemas kat perut tu. Kendian blehler guna bengkung dan ikat kuat-kuat. Kasik ramping cam kerengga.

Kalu nak kecilkan paha dan lengan boleh juga. Gunakan sapuan limau dan kapur kat tempat yang dikehendaki dan balut ngan plastic wrapper. Selalulah amalkan.. walaupun dah lepas bersalin.

Model pun guna petua camni, kalu tengok body dia, fuhhhh.. cunnn walau dah beranak 3.