Sunday, 5 August 2012

Birthday Isa Rashveen Yang Ke 5 (DOB:15/6/2007)

Gambar birtday Isa Rashveen pom Veen lambat upload... ermmm.... tapi tak per la... at least ada gak walaupun lambat :-)
Moga anak ibu jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat, amin.



train di mana-mana tetap di hati.... hihihi...

kami sambut birtday di Mc Donald, Jalan Sg Besi... itu jer yang sempat sebab Veen keje hari minggu....

Asalkan kan ada kek sebiji untuk menghargai anak kita, itu sudah cukup untuk menyatakan kasih sayang kita kepada anak :-)...

 Ni beg jajan untuk kawan-kawan kat nurseri dan sebiji kek coklat.



Sebenarnya Veen beli 2 biji kek dan satu lagi bagi dekat nurseri untuk Isa Rashveen sambut bistday bersama-sama kawan-kawan.  Lagi happeninglar... Veen dah sipaka beg jajan untuk kawan-kawan Isa Rashveen di nurseri.

Kasut Raya Rashveen 2012

5/8/2012

Dah lama sangat veen tak update blog.... sebabnya bulan Mac 2012, Veen bepindah ofis baru.  Kat ofis baru belum ada pc dan internet.  Sekarang ni jer baru pasang internet... jadi bolehlah menulis sket-sket :-)





Inilah kasut raya Isa Rashveen tahun ni... tp dia dah rasmi awal-awal... dah pakain kesana-sini dah... ermmm... suka sangat dapat kasut baru yang Daddy dia belikan :-)

Kasut tahun ni Veen beli kat Jusco dan stokin tetap ada gambar train... huhuhu... Veen beli kat SOX kat jusco gak... Alhamdulillah baju raya anak dan kasut dah settle... tp untuk diri sendiri lagi belum beli apa-apa lagi... ermmm.... :-)

Tuesday, 14 February 2012

Doa 12 pintu kebaikan

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Monday, 13 February 2012

luka di jari b....

 Kenangan....3/2/2012 (jumaat)

baru nak rehat sambil melabuhkan punggung ke sofa, tetiba nampak Isa Rashveen berkerut mukanya... bila ditanya cuma berkata "tak de apa-apa ibu..." kurang 5 saat tetiba raungan memecah kesunyian malam lebih kurang pukul 8 malam....

darah meleleh sampai ke lantai sambil menggenggam kedua belah tangan sambil berlumuran darah....

panik! tak tahu mana satu tangan yang luka... Isa Rashveen tak mahu basuh tangan.. cuma ku kesat dengan tisu.. rupanya jari telunjuk kiri luka...

lantas veen letak minyak geliga yang sentiasa tersimpan dirumah dan balut lukanya...
lepas tu terus ku naik kebilik dan telefon penyelia taska kerana ankku di cubit sampai luka kat lengan kiri di bawah ketiak....

lepas tu veen tengok kembali lukanya dan nampak gayanya kena bawak ke klinik sebab lukanya membengkak dan nampak agak dalam....

bila sampai ke klinik, doktor nak jahit lukanya tapi Isa Rashveen menjerit sambil meronta walaupun di bedung... lantas veen minta doktor keluarkan refer letter ke KPJ Seremban...

ermmm... penat keje belum habis lagi.... mmg penat giler malam tu ditambah dengan hati yang risau...
jumpa doktor pakar yang bertugas di wad kecemasan (Dr Yeap Joo Seng), beliau syorkan agar dibalut terlebih dahulu dengan bengkokkan jari supaya daging melekat kat tempat luka dan di tampal dengan besi... kesian doktor bengkokkan besi yang keras tu sbb tak lama lepas tu Isa Rashveen cabut balutan tu... nasib baik doktor tak sempat keluar lagi dari kawasan hospital... terpaksa ler doktor parking semula kereta dan masuk semula ke hospital...
terpaksalah dimasukkan ke wad untuk jahitan pagi esok...

Dalam pukul 1 pagi selepas selesai semua prosedur dan dan masuk dalam wad, veen minta dengan nurse untuk balik kerumah untuk ambil baju, pampers dan susu dsb... kerana veen memang datang sehelai sepinggan... sign borang keluar dan trus balik rumah...

sampai semula ke hospital Isa Rashveen dah tidur, veen minta dengan guard untuk parking kat depan hospital.... betul2 depan tiang bendera.  hihihi... terima kasih pak guard kerana memahami...

Isa Rashveen kena puasa dan nasib baik dia tak minta susu sebelum tidur seperti rutin sebelum ini.. agaknya dah kenyang minum air 100plus... pukul 8.30 pagi selepas mandi dan di pakaikan baju khas (cantikkk... ada kartun ben10 lagi..) Isa Rashveen di sorong ke bilik pembedahan....

haaa... kat situlah dia mula buat perangai... nak mendukung ker... tak nak baring kat bed.... veen terpaksa tukar baju kaler hijau tu yg biasa doktor pakai... hihi.. so ada pengalaman gak pakai baju bilik operation kaler hijau yang menggelebeh.... hehehe...
bila masuk bilik operation, Isa Rashveen meronta-ronta tak nak di pakaikan topeng gas untuk tidurkan dia... nasib baik pakar anestetik tu lelaki, so dia dukung Isa Rashveen dan baringkan dia atas bed.. bila Isa Rashveen dah tidur baru veen keluar dan pergi cari sarapan....
dah habis sarapan veen naik semula tkt 2 dan duduk rehat sekejap nurse panggil.. Isa Rashveen dah sedar dan menangis...

bergegas veen tukar pakaian hijau dan masuk bilik operation sekali lagi... tengok dia tengah di dukung oleh nurse... Alhamdulillah... selamat semuanya... kenalah 4 jahitan kat jari Isa Rashveen.... Terima kasih baut doktor Joo yang sungguh baik dan nurse yang cukup bekerjasama...




tengah tengok citer kartun sambil tunggul nurse panggu untuk di bawa ke bilik operation.. releks jer nampaknya... huhuhu..



Tgn dah berbalut.... dalam 45 minit jer dalam bilik operation.... bila sedar Isa Rashveen nak buang jarum kat tangan tu.. aktif bukan main dia... tak sabar veen nak balik rumah... stress....




Lepas seminggu jahitan kena buka.... awal-awal lagi veen serahkan Isa Rashveen kat daddy dia untuk pegang... veen lari awal-awal lepas bagi semangat kat dia sebab veen gerun... dah selesai bukak 4 jahitan tu, veen masun bilik rawatan tengok hingus Isa Rashveen meleleh sampai ke bibir...  hahaha.... dia dah diam dah... tak padan dengan raungan yang memecah dinding hospita tu.... kihkihkih... sekarang bila tanya nak main pisau lagi tak? dia akan jawab... "tak mau ibu...."

Monday, 16 January 2012

Isa rahveen basuh tefefonku.....

Isnin 16/1/2012

aduhai.. sabarlah wahai hati....
anakku sekarang dah besar.... mahu dipanggil isa rashveen....
hari ni terbit rasa rajin nak update blog dengan gambar terbaru isa rashveen termasuk gambar isa rashveen dengan pose berpayung THOMAS & FRIENDS... payung thomas you.... dia boleh nampak payung thomas kat ampang park... sib baik cik ty dia dengan bermurah hati menghulurkan duit kat cashier... cik ty belanja katanya.... fuh..... lega hati....

tp malangnya nasibku... semua gambar dihandphoneku terdelete... diulang"TERDELETE".... huhhuhu.... kenapalah jejariku ini gatal sangat menekan 'delete'.... menangis tiada gunanya...

Isa Rashveen dah pun bersekolah di sekolah tadika dan Alhamdulillah... dia suka ke sekolah... dan dia juga suka menggorek pencil colour sampai betul-betul tajam... bila patah, gorek lagi.... pencil colour pendek bukan hasil buat colouring tp hasil kerja menggorek... (makna menggorek = mengasah pensil)

ok... berbalik pada tajuk di atas, isa rahveen berlari ke bilik air sambil menjerit, ibu.. tipon kotor... terus di buka pili air dan basuh handphone.. sib baik veen ada kat situ... terus menerpa kat telefon tu.... dan sib baik gak sikit jer air masuk dalam telefon... terus off dan bukak belakang telefon, dan kuarkan bateri.. check sim card.... nampaknya air tak mengena simcard dan bateri.... maknanya masih SELAMATTT... fuhhh... lega....

dua tiga hari lagi anak buah akan sampai kerumahku... tengoklah nanti camne nasib barang2 kat rumah tu.... huhhuhu... jangan di rendam lagi tiponku itu... iskkk.... sipa berdebar anak buah nak datang ni... kuikuikui... apalah makcik veen ni kan?....