Saturday, 11 February 2017

update status 22/2/2017 (sabtu)

Assalamualaikum wbt,

Sudah bertahun saya tidak menjamah halaman blog saya... entah dimana silapnya... jiwa saya tiada disini untuk seketika.  sekarang Isa Rashveen sudahpun memasuki tahun 4 disekolah dan berumur 10 tahun.. sekejap je masa berlalu...  tangis dan tawa kami bersama... dah jadi anak teruna ibu... dah pandai masak nasi dan hidangkan untuk ibu..

Iya... saya ajarkan Isa memasak nasi.. kupas dan potong bawang.. vacum rumah... basuh kasut.. sapu rumah.. sbb saya tak nak Isa menghambakan isterinya bila kawin nanti... saya nak Isa menghormati segala pengorbanan wanita.. lebih2 lagi pada zaman sekarang wanita juga menyumbang ekonomi dalam keluarga... penat dipejabat ditambah lagi bila balik dirumah utk menguruskan rumahtangga... doa saya agar anak saya ini menjadi anak yg soleh dan terbaik untuk ibu dan isteri serta anak2....

so now.. im back....






#gambar ni di ambil 3/10/2015




#gambar ni ni ambil 18/7/2015

warm up dulu... hihihihi

Monday, 21 September 2015

Gambar ini sebenarnya agak lama... Isa menemaniku bekerja pada hari minggu.

Inilah rutin kami setiap minggu... aku rela sentiasa bersamanya.  Semoga kasih kasih sentiasa bersemi

Tuesday, 26 May 2015

Sekarang Isa Rashveen sudah besar... 8 tahun

Assalamualaikum
sudah lama saya tidak meloretkan pena keyboard disini

bertahun rasanya... sibuk sungguh dengan segala urusan
hari ni teringin melayari blog usang ini... jika sebuah buku maka sudah usang dan agak kekuningan kondisinya

isa... yang dulu dipanggil chubby sudah besar dan makin banyak karenahnya
sudah bersekolah di darjah 2.  cukup sekejap masa berlalu

InshaaAllah jika terluang saya akan tampilkan gambar terbaru dia disini.  Cerita thomas & friends masih diminati... cuma barang mainan sudah berkurangan.  Kini Isa lebih fokus kepada pembinaan lego.  Katakan apa saja kepada dia.. dia akan cuba menyusun lego seperti dinasour dan kereta lumba

ok... cuma disini saja loretan keyboard saya... mohon bawa diri dulu.

Saturday, 22 March 2014

Batuk dan Selsema

Kanak-kanak seringkali mengalami batuk dan selsema, dan ia membawa kebimbangan di kalangan ibubapa. Gejala batuk atau selsema ini bukan sahaja boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak selesa sepanjang hari malah kadang-kadang boleh mengganggu tidur. Ibubapa, dengan niat yang baik, ingin mengubati batuk atau selsema ini. 

Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.

Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doktor.
Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.

Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Rawatan tanpa ubat yang disyorkan adalah:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.

Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.

2. Teh limau madu yang suam

Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.

3. Pengambilan cecair yang lebih

Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.

4. Rehat yang mencukupi

Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.

(answered by Dr Yap Hsiao Ling)

info lanjut doktorbudak.com

Meredakan Kepanasan Anak Demam VOL 2

Sebenarnya banyak petua yang boleh kita gunakan selain daripada bergantung kepada ubat-ubatan dari klinik atau hospital untuk meredakan kepanasan badan anak2 kita.

Guna khidmat uncle google je dah dapat banyak info.  Kat sini saya cuma kumpulkan sedikit sebanyak info bagi memudahkan ibu2 mendapatkan maklumat.

Segala info di blog saya ni kawan2 boleh copy & paste untuk disebarkan kepada teman2 yang lain pula, Inshaa Allah.. sama2 kita berkongsi :-)

Kali ini pekata ibu cuba pula putih telur.  Cara2nya ialah:-

Dapatkan putih telur dan celup dengan sapu tangan kecil atau tisu.  Sebatikan dia dan tekapkan pada tapak kaki si anak dan pakaikan stoking supaya sapu tangan atau tisu tadi tidak tercabut dan melekap dengan elok di tapak kaki. 

Biarkan setengah jam atau hingga keesokkan paginya.


Selain daripada boleh gunakan daun bunga raya.

Ramas sampai berbuih dan berlendir.... tapiskan ia.  Sapukan lendir atas kepala dan biarkan sampai kering dengan sendirinya.... boleh diulang sapuan berulangkali... Air yang menitis dari kepala terasa suamnya...

p/s:  bagi yang sering sakit kepala boleh juga gunakan method ini.  InsyaaAllah akan terasa ringan dan sejuk kepala. 

Air Asam Jawa yang pekat juga boleh digunakan.

Ramas asam jawa yang di campur air dan sapukan pada kepala dan juga bada.  Biarkan kering.

p/s: bagi yang mengalami tumit merekah boleh diubati dengan air asam jawa.  Amalkan selalu, InshaaAllah

Daun Durian Belanda boleh juga di cuba... sama dengan method penggunaan daun bunga raya

Buah kembang Semangkuk juga dikatakan dapat membantu menurunkan suhu badan yang tinggi.

Caranya dengan merendam semalaman buah tersebut dan ia akan mengeluarkan jelly.. Minum air jelly tersebut.  Kalau nak sedap sikit boleh ditambah dengan gula batu

Kita berusaha dan Allah juga yang menyembuhkannya :-)