cuma sekadar loretan tangan gemalai menekan keyboard... dari hati & pemikiran lalu terhasil satu coretan...
Thursday, 21 May 2009
Baju Putih Berseri
Jangan campurkan baju putih ngan baju berwarna. Masukkan sabun bersama dengan sesudu besar soda bikarbonat. Rendam sekejap dan basuh kain seperti biasa. Cantik dan putih berseri baju kita gitew....
Cermin Bersih Berkilat
Boleh diaplikasikan pada semua cermin termasuk cermin mata, cermin kereta, tingkap cermin dsb.
Ambil beberapa helai surat khabar lama, ramas dan basahkan dengan air dan sental pada mana-mana cermin. Bilas dengan air dan lapkan pula dengan surat khabar kering.
p/s: selalu tengok kat depan rumah sorang maid jiran sental cermin kereta dengan suratkhabar jer. Berkilat cermin kereta....

Wednesday, 20 May 2009
Sayur Tetap Segar
Bersihkan sayur dan potong. Rendam dengan garam dan cuka selama beberapa minit. Toskan menggunakan bakul berjaring. Gunakan besen biasa untuk menakung air. Balutkan sayur tersebut dengan aluminium wrapper dan simpan dalam peti sejuk. Insya Allah boleh tahan selama seminngu atau lebih.
Contoh sayur ialah sawi, kobis dan seangkatan dengannya.
Contoh sayur ialah sawi, kobis dan seangkatan dengannya.
Jangan Buang Kulit Timun
Terbaca lak dalam harian metro bahawa kulit timun mempunyai banyak bahan sterol untuk merendahkan tahap kolestrol.
Haa... kalau takut termakan bahan kimia yg disembur kat timun tu, rendam dulu timun ngan garam beberapa minit, cuci dan potong cantik-cantik untuk dihidangkan dengan makanan kegemaran anda atau ratah jer buat ulam.
Jus timun plak boleh menyejukkan badan. Empulur timun plak boleh mengurangkan sembelit.
p/s: Kat tranung terengganu) 'tembikai' dipanggil 'timun cina'.
Tuesday, 19 May 2009
Menghalau Kucing
Kata orang tua-tua kalau tak nak kucing datang dan berak kat halaman rumah kita, cuba ambik beberapa biji limau (tak kira ler limau nipis ke, limau purut ke) potong dan taburkan kat halaman atau tempat yg kucing selalu pergi. InsyaAllah tak datang ler kucing tu.
Tapi bila limau tu kering kena ler ulangi lagi.
Haa.. satu lg kalau tak nak kucing berak tempat yg sama, curahkan minyak gasolin/tanah kat tempat dia berak tu. Minyak tu bleh ilangkan bau tahi kucing yg kuat tu.
Kata orang tabur garam menjadi gak, tapi kalau tabur garam kat perdu pokok, mati kering ler pokok tu, ye dak?

Monday, 18 May 2009
Air Liur Basi
Dedulu arwah nenek selalu pesan, kalau sakit tekak cam nak selsema tu bangun pagi-pagi sebelum kumur, baca selawat dan minum air masak dengan senafas. Alhamdulillah saya amalkan hingga kini.Ruper-rupernya kajian sains mengatakan dalam air liur basi ada enzim yang bagus untuk kesihatan.Dengar kata awet muda kalu selalu amalkan. Dan disarankan minum sebanyak 1.5 liter sebelum gosok gigi sebagai penyembuhan semulajadi.
Kempiskan Perut
Orang tua-tua dulu cuma gunakan jus limau nipis ngan kapur jer untuk kempiskan perut selepas bersalin. Perah 2 biji limau nipis ngan 2 sudu kapur. Gaul sebati dan sapu keliling perut. Pastu gunakan plastic wrapper, balut kemas-kemas kat perut tu. Kendian blehler guna bengkung dan ikat kuat-kuat. Kasik ramping cam kerengga.
Kalu nak kecilkan paha dan lengan boleh juga. Gunakan sapuan limau dan kapur kat tempat yang dikehendaki dan balut ngan plastic wrapper. Selalulah amalkan.. walaupun dah lepas bersalin.
Model pun guna petua camni, kalu tengok body dia, fuhhhh.. cunnn walau dah beranak 3.

Subscribe to:
Posts (Atom)