Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah
Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut Memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.
p/s: kiriman dari kawan tapi amat menarik untuk dihayati
cuma sekadar loretan tangan gemalai menekan keyboard... dari hati & pemikiran lalu terhasil satu coretan...
Thursday, 11 March 2010
Friday, 5 March 2010
Wednesday, 3 March 2010
Doa Seorang Kekasih
Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau taqdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku daripada kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah Yang Tercinta
Ganti;ah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan taqdirMu
Sesungguhnya apa yang Engkau taqdirkan
Adakala yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segalanya yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hambaMu yang dhaif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia bersama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
* tak pasti siapa pencipta doa puitis ini sebab jumpa di celah-celah buku lama dan ia tidak bernama

Petua donut lembut
Baru pagi tadi dapat petua dari seorang rakan yang menjual donut.
Hampir setiap hari aku beli donut dia sebab lembutnya sampai ke malam. Su memang tak kedekut petua, Alhamdulillah dan kat sini aku sampaikan pula untuk sesiapa yang nak mencuba.
Petua ni secara agak-agak jer yer.. basicnya cuma rendam ibu royi sampai kembang. Bila dah kembang tu campurkan sekali ngan 7 sudu atau lebih air kelapa, beberapa sudu susu cair dan 2 biji kuning telur sahaja. Jangan lupa sedikit garam.

Monday, 1 March 2010
Bila sudah sampai ajalnya.... kata orang tua-tua..
Ayah tercinta meninggalkan kami pada 8/2/2010, hari ahad malam isnin pukul 8.45 malam. Sakitnya cuma seketika.. lebih kurang 3 minggu... hari-hari terakhir dia ingin pulang kerumah dan doktor telah memberinya cuti salama sepuluh hari dan sepatutnya pada 13/2/2010 dia kena pergi semula ke hospital kuala terengganu bagi menyambung semula rawatannya tetapi apakan daya.... Allah terlebih awal menjemputnya....
Ayahku sudah sembab bermula dari kaki dan kata orang tua ajalnya tak lama.... itu cara orang lama tengok keadaan pesakit dan dengan izin Allah jua memang benar petua itu. Tak sampai seminggu ayah ku pergi jua akhirnya dengan penuh tenang.
Kata orang tua-tua lagi....
Jika mayat itu lembut, maka adalah saudara yang akan menyusulnya...
Kata-kata itu mungkin ada benarnya kerana ..... (nanti akan ku sambung semula ceritanya)....

Subscribe to:
Posts (Atom)