Tuesday, 16 November 2010

1st year AidilAdha tanpa ayah....

 Esok... 17/11/2010 (Rabu) bersamaan 10 Zulhijjah 1431, aku beraya tanpa ayah.... tp aku juga tak berkesempatan balik ke kampung halaman kerana kekangan cuti... awal tahun banyak cuti diambil kerana menziarahi ayah yang ketika itu sedang sakit dan berada dihospital...

Kini gambar kenangan sahaja yang mampu mengubati kerinduan aku kepadanya
Alfatihah untuk ayahku, semoga berada dikalangan orang2 yang beriman.



 



Haji Mamat @ Haji Dahan bin Daud (19.05.1947 - 07.02.2010), ayah, kami merinduimu....
Ayah, cucumu masih kecil.. harap ada penggantimu... bilal masjid dan memandikan orang meninggal... betapa besarnya jasamu...


bath tub

Malam tadi mandi agak lewat sket... sebab sampai rumah jer lapar... goreng ikan bilis ngan cili padi, tabur atas oat... sedapnya... yum yummm...

Pastu naik atas, rashveen terus meluru masuk bilik air... dah tau dah.. mesti dia nak berendam.... risau gak takut peparu dia sejuk, tp bila ibu dia nak mandi, dia mesti menyibuk...

Pernah kunci pintu tak bagi dia masuk bilik air, dia menangis sampai muntah.. dok teran suara...



 Malam ni ntah pesal, dok suruh ambik gambar dia mandi, pas klik ambik gambar, dia nak tgk gambar sendiri... pastu satu, satu gambar ambik....


Siap memacam aksi dia buat... huhuhu,,, anak ibu, memacam ragam,,, sedar tak sedar dah 3 tahun umurnya....
Kat belakang tu baldi besar... kalau mandi ngan ibu dia, dia tak kasi shower... kena pujuk bebaik baru dia kasi... tak per la... ibu tak nak kacau anak ibu....

Ibu tadah air dalam baldi dan mandi guna ceduk jer....
Ibu biasa mandi air sejuk sbb ibu orang kampung... hihihi... mandi air telaga lagi zaman dulu2..... sejuk sampai ketulang hitam... puas mandi.... minum air telaga yang tak masak pun tak kembung perut.  Bukan cam zaman leni, minum air tak masak leh cirit birit dan kembung perut. 

Ermmm.. teringat zaman kanak2 lak,,, kalau malas mandi kena piat ngan mak..... siap pusing telaga, silap haribulan kena bedal ngan tali timba sebab buat mak basah lencun.... culas sangat nak mandi...
ada telaga ada timbanya.... hihihih....

Friday, 12 November 2010

bad mood...

Tetiba rashveen moody.... masuk bilik gosok terus keluarkan kain dari almari rak yg tak berpintu.... bilik ni letak pakaian yg tidak dipakai aka jadi bilik gosok.   Penat gosok, landing jap atas katil...  fuh... ilang lenguh2 bahu ni... tau jer la.. menggosok baju ni mmg penat.... masa bujang dulu selalu cari baju yang tak payah digosok.. senang keje... hehehe....
 tengah mengamok ni... tak bagi susun semula kain2 tu....
 bestnya tido ada rak tu...... macamler dia kecik... dah tinggi rupanya... baru perasan bila dia pakai baju tido, seluar dah singkat rupanya....
 muncung mulut.... tunjuk marah beb! ntahler apa yang tak kena...
leh posing lak bila ibu nak ambik gambar...
smile... klik! dah tangkap gambar anak ibu..... cayang cayang ibu...
bila panggil dia bi... ooo... bi... dia akan jawab:" ya ayam.... " ermmm nasib baik bukan ayam..hihihi
sayang jd ayam, abang jd abam... 


Thursday, 11 November 2010

berendam dalam tong


5 November 2010, cuti Deepavali...
Ngantuk sangat sampai hampir terlena dalam bilik gosok baju.  Tetiba telinga ni terdengar sesuatu yg mencurigakan.... Ya Allah... rupanya dah dok dalam tong air yang besar tu... sebenarnya tong tu untuk air simpanan jika bekalan air terputus.... kat seremban tu tak denyer nak bg notis ke apa.... tup2 air tak der 2-3 hari.. pernah veen mandi ala-ala P. Ramlee.... huhuhu...

Veen dah kunci pintu bilik air sebelah bilik gosok baju ni, tp dia masuk melalui bilik sebelah.  Pandai sungguh dia dalam aktiviti mencabar ni..... seriau gak bila pikirkan, takut dia lemas...

Sebelum ni dalam bilik air ni lah vacuum veen jd mangsa.. tengah ralit gosok baju, tetiba bunyi benda diseret... jengok dalam toilet, rupanya tengah nak masukkan air dalam vacuum.  Veen alihkan vacuum tu semula, letak dalam bilik sebelah dan terus sambung gosok baju.  Pastu suasana sunyi semacam.... veen jengok dalam toilet... hampir pitam dibuatnya... vacuumku dah banjir!!!! dia tak alihkkan vacuum dalam toilet, tp masukkan hos paip air dalam hos vacuum.... jahanam vacuumku......

anak sembelit

Saya rasa susah hati bila anak sembelit... tak selalu tp kadang2 je.... ada satu tahap tu, Rashveen tok leh tido dan asyik menangis.... dok teran tp tak keluar gak... bawak gi klinik tp punyalah susah nak makan ubat... habis tersembur kemuka....
Cari kat pakcik google... terjumpalah satu blog yg bagi petua anak sembelit.

Caranya: Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai.  Dan susu yg dicampur kanji/tepung sagu dibancuh menggunakan air suam-suam kuku atau air masak sahaja.  Kalau terlebih panas nanti kanji akan masak

Hari ni 1/3/2011... veen terjumpa satu lagi blog yg membincangkan pasal sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak..
Disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern.

Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh gula perang (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak.

Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.

Perlu veen ingatkan kepada ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita.



Selain daripada itu cubalah LACTUL SOLUTION for treatment of Constipation... disyorkan oleh kawan ofis... anak dia pernah sembelit dan dia menggunakannya.  Feedback drpd dia mmg positif.
Kakak dia kerja di bahagian kanak-kanak... Harga dia RM10.90.. boleh dicampur dengan air atau susu, diberi pada waktu malam.  Tapi untuk anak veen rasanya tidak berjaya.

Bagi pengalaman peribadi, tepung kanji lagi efektif berbanding ubat lain (tepung sagu susah sangat nak jumpa... tatau kat kedai mana ada jual).  Veen cuma bagi pada waktu malam dan keesokkannya anak veen terus berak dan kadang-kadang sampai 3 kali sehari.  Sebab itu, nika anak tidak mengalami sembelit yang serius, cuma perlu diberi tepung kaji sekali sehari jer atau bergantung kepada keperluan.  Jika terlebih dikhuatiri anak menjadi cirit birit.

Dan satu lagi kenapa veen mensyorkan tepung kanji/sagu adalah kerana ia memang bebas kimia berbanding ubatan lain.