Thursday, 24 March 2011

Barang lama anak


 13/3/2011 (Jumaat)...
adik call... "kak, orang jadi nak balik Tranung.... nanti orang gi ambik barang, kak jangan kunci pintu yer... dalam kul satu pagi orang sampai..."
mak aih... lambatnya datang... tp ermm... barang dalam stor belum dikeluarkan lagi...

ermm... malasnya nak masuk stor, lebih-lebih lagi dah mandi ni... nanti  karang berpeluh plak... tapi bila lagi nak keluarkan barang?


Karang Rashveen mengekor ler ni..
veen masuk stor keluarkan baby court... kerusi panjang baby dan baby bath tub.  Tapi yang muat dalam kereta wira adik veen cuma baby court ngan tilam dan kerusi panjang jer... bath tub terpaksa ditinggalkan... kekadang terpikir nak jual jer... ada sesapa nak beli ker? huhuhuhu.....
teringat mandikan Rashveen dalam tub ni... rindunya kepingin anak lagi....
Kondisi kerusi ni masih elok lagi... nampak cam antik.. tp dah eksport ke kampung... tp cakap ngan adik jaga elok2 kerusi ni, jangan sampai koyak... bukan senang dah dapat kerusi camni sekarang...
tp Rashveen tak suka dok atas kerusi ni, dia lagi suka dok atas meja makan. huhuhu...
Barang-barang ni semua tak sempat nak bersihkan... just snap jer gambar selepas keluarkan dari stor.... mata tengah ngantuk ni sementara tunggu adik datang...

jadi kenangan semua barang ni.... kenangan yang cukup bermakna... nanti veen mintak adik snpa gambar baby couer kat kampung... mmg tak sempat nak snap sebab baby court tu ada banya keping cantuman untuk di cantumkan... so takleh nak aturkan elok-elok sebab Rashveen dok kacau... kononnya nak tolong tp makin menyulitkan keadaan.. Veen takut kayu baby cout jatuh atas dia....

Wednesday, 23 March 2011

Bantal panas

Bantal garam panas ini veen baru beli kt GM Plaza sbb banyak info yang positif bg kawan-kawan yg telah guna.  Fungsi dia cam tungku tapi telah dimodenkan dan menyenangkan lagi penggunaannya.
Sangat baik untuk kita sekeluarga ni.... cam promote laks... hihihi.. apasalahnya dak.... untuk kebaikan kita seme....
Dalamnya mengandungi cecair garam yng cukup terkenal dengan pengubatan sufi.  Garam terlalu banyak penggunaan dia... Contohnya Rasulullah saw akan makan secubit garam sebelum menjamah makanan lain.. kenapa??? nanti veen citer lebih lanjut kat bawah nanti...
Ermm... veen nak bgtau pasal kegunaan garam... orang dulu-dulu kalau mengalami lenguh-lenguh badan, dorang akan tuam dengan garam panas. 
camni cara-cara dia:
Beli 2 kilo garam kasar, goreng dalam kuali biar betul-betul panas.  Goreng dengan api sederhana dan hati-hati sebab garam akan meletup sekali sekala.  hehehe... bila dah cukup panas, bungkus ngan suratkhabar lama, dibalut pula ngan kain batik.  Tekapkan kat tempat sakit seperti belakang, kaki, bahu etc... fuhhh... lepas tu mmg lega... hilang bisa sakit... kalau amalkan selalu InsyaAllah, akan sembuh lenguh2 tu... veen selalu buat dulu... sbb veen ada slip disk... Alhamdulillah, lega... tp kena byk minum air sbb terasa kering tekak dan bergaram dalam mulut ni... garam menyerap dalam tubuh...
tp sekarang guna tungku garam jer.... kalau lenguh peha tu, pakai seluar yang ada poket tu, balutkan garam panas kecik-kecik dan masukkan dalam poket seluar... sambil-sambil tu leh wat keje lain... takyah ler nak baring jer....
Fungsi bantal garam :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Berat = 1.7kg++ setiap satu.. berat gak ni...

Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam

Meh nak citer pasal GARAM sket.. hihihi.. cam ustazah ler plak... more info for beloved friends...
Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kit a ada mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2 dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


 
Bagi orang lumpuh, elok di tanam dalam tanah yang berdekatan pantai selama setengah jam setiap hari... ini bg mengutkan tulang dan urat2.. Selain daripada itu, terdapat pengamal perubatan yang membuat tilam garam dan dibalut bersama pesakit lumpuh dan strok.  Alhamdulillah sembuh dengan izin-Nya...

Monday, 21 March 2011

Botol susu polikarbonat ada BPA di HARAMKAN


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
a.Nombor 7

b.Nombor 7 dan PC

c.Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1.Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2.Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

3.Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4.Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Veen dah lama tahu pasal BPA tu sebab kebanyakan negara maju dah mengharamkan BPA ini dah lama.  So veen belikan botol susu jenama MAM... harga tak ler mahal sangat tp berbaloi memakainya... percfaya atau tidak, botol susu MAM dah berusia 4 tahun tapi masih boleh guna lagi... tiada calar dan cuma tulisan kabur sedikit... tapi kenalah pandai menjaganya...

Tuesday, 1 March 2011

masuk taska

sebenarnya ni gambar lama... masa nak tido dia suh ibu tangkap gambar dia.. siap posing tu.. sebenarnya susah nak ambik gambar dia sbb tak reti dok diam.... gambar jd blur.,, geram jer.. biasanya setiap kali ambik gambar dia banyak kena delete sbb gambar tak menjadi...
bermula smalam, 28/2/2011 Rashveen telah dihantar ke Taska kasih Nurjannah berdekatan ngan rumah... veen dah tak hantar kat rumah babysitter kat Taman Permai setelah setahun setengah di sana akhirnya berpisah jua.  apapun yg yg penting dia suka...  
ada salah sorang kakak siti kat situ dia panggil mama... hihihi... walaupun bayaran lebih sket tp so far hopefully tak der masalah cuti.. ada pro dan kontra hantar kat taska ni.  pagi2 untuk breakfast veen kena sediakan sendiri  sarapan pagi walaupun bayaran lebih daripada tempat dulu.  baju kena basuh sendiri sedangkan dulu bbsitter basuhkan.  dari segi positifnya veen boleh jaga sendiri baju mana yg anak veen pakai.

tanya sama hati...

1/3/2010... rupanya dah masuk suku tahun pertama.... ermm .. kejap jer hidup kita leni...
sekarang kepala tengah weng weng.. kadang rasa hidup ni tak de maknanya... kat dalam ofis kita jumpa bermacam ragam... kadang rasa nak terjun kerusi jew.... huhuhuh...
kadang dengan ujian yg dalam dalam hidup membuatkan kita lagi kuat atau sebaliknya.... kadang buat kita hilang punca... untungnya bila ada anak, kekuatan jiwa kita kembali pulih...
dalam kihidupan zaman sekrang, ramai yg hilang pedoman.. kenapa? sebab iman tipis, tiada sokongan terdekat, manusia ramai yang selfish, ramai bertopengkan manusia...
sesuatu dihati terbuku tp tatau nak diluahkan...