Friday 11 November 2011

pyjamas n spender thomas

 Pyjamas ni baru sampai hari Jumaat 11/11/2011... Beli kat mudah.com RM26 selepas diskaun... saya suka mintak diskaun... terimakasih babybranded. 
Sekarang B aka Isa Rashveen sudah pandai bergaya... malam dah tak nak pakai baju tidur lagi dah... nak pakai baju cantik2... hihihi...
Dia akan pilih sendiri nak pakai baju apa.. kadang tshirt thomas dipadankan dengan seluar 3 half quarter.. secara peribadi saya suka beli seluar 3 half quarter sebab nampak kemas bagi budak lelaki yang lasak especially Muhammad Isa Rashveen yg aktif..
kadang sambil releks tgk tv, dia ke dapaur ambil periuk, masukkan segala mak nenek thomas dia tu, suh kita kacau ngan sudip.. ala-ala buat kek...

Bila B tgk baju thomas, menjerit kesukaan sambil bgtau cantiknya baju...... "tima kasih ibu... sayang ibu... muahsss..." gembira terima ucapan dari anak... hihii
B terus pakai (tak sempat nak basuhpun baju) dan pagi esoknya tak nak mandi... terpaksa pujuk.. tengahari baru gi mandi... kihkihkih... penangan baju baru thomas..

Sebenarnya susah nak cari baju tidur thomas... kadang terlampau mahal... takkan nak beli baju tidur sampai RM40kan? rasanya tak perlu semahal itu... budak2 cepat membesar.... membazir rasanya.....
Ini pun salah satu usaha agar dia pakai baju tidur waktu malam... sebab B jenis tak suka pakai selimut, takut dia sejuk dada kena kipas sepanjang malam on. 



Jumat ritu (11/11/2011) temankan kawan gi masjid jamek... tetiba tersinggah kat Madras Store, berdekatan ngan Semua House.... lalu terbeli satu set seluar dalam thomas RM12.90... beli size 5-6 tapi rupanya agak kecik ukurannya... satu set ada 3 helai dalam satu begi, tp kedai dah ikat zip beg tu... jadi tak leh tengok ukuran sebenar seluar dalam tu... bila balik rumah rupanya size agak kecik tp masih boleh pakai lagi...
ermmm... nanti kena beli size 7 kot....
Lukisan thomas agak berserabut tp apa B kesah? asalkan ada gambar thomas... hihiihi

Tuesday 8 November 2011

Siapa aku ini?...

Aku bukan seorang suami
tapi
aku seorang isteri

Aku bukan seorang lelaki
tapi
aku seorang wanita

Aku bukan seorang bapa
tapi
aku seorang ibu

Aku bukan seorang surirumah
tapi
aku seorang pekerja

TAPI

kenap harus ku galas semua itu?
tiada hatikah atau hati batukah dikau?

Mana janjimu dengan Allah?
Mana janjimu dengan isterimu?
Mana janjimu dengan anakmu?
Mana kebajikan kami?
Mana tanggungjawab dan amanahmu?

Dimana hendak ku letakkan sekeping ros kecil
Yang semakin layu dan hilang wangiannya
Jika direnjis sekalipun tetap pudar warnanya
Tetap hilang serinya

Aku pasrah walau pedih
Aku pilu dalam sedih
Aku rintih dalam tangis
Aku layu dalam sendu

Kekuatanku kembali
Demi si kecil yang tak mengerti
Sinaran cahaya merenjis kedap
Di pelusuk jiwa nan indah

Wednesday 2 November 2011

Taman Buaya, Melaka


Destinasi hari minggu... (Jumaat, 28/10/2011)

Temankan pak sedara sekeluarga yang datang dari Terengganu...

Pergi Taman Buaya, Melaka... pelbagai jenis buaya kat sana... mungkin terselit juga buaya darat dicelah2 taman itu... hehehe..
Pose yang cantik dari anak2 yang comel... zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah sekali.. Sebagai ibu bapa, kita bekalkan sebakul bunga nan wangi di teluk jiwa mereka sebagai kenangan manis seumur hidup mereka... Wangian itu akan kekal mereka kenang hingga akhir hayat walau apapun onak dan duri yang mereka lalui sepanjang kehidupan mereka...



Nak naik juga train.. RM2 setiap orang.... puas hati bila dapat naik... katanya ada hantu kat tengah perjalanan
veen tunggu kt luar jer...

Dalam dalam sangkar burung.. kena hati hati, silap haribulan burung berak atas kepala...
Naik cawan berpusing, RM2 setiap orang.. lama betul apek tu pusing.. makin lama makin laju... menjerit-jerit dorang... hihihi
Tempat kesukaan Isa Rashveen... kolam renang... sebenarnya datang kat sini tak mahal... taman rekreasi termasuk skali ngan tempat kolam ni cuma RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak 6 tahun ketas.  5 Tahun kebawah FREE...
Memang puas hati murah dan berbaloi.... memacam boleh tengok termasuk pelbagai binantang selain daripada buaya, replika bangunan yg terkenal termasuk klcc

train lagi.......

 2/11/2011 (Rabu)

ni train yang ke ..... ntahler yg ke berapa puluh... huhuhu
sket-sket nak train... gi pasar malam asalnya nak beli buah epal jer (kegemaran isa rahveen), tp train jugak yg dicari... nampak buku train... pun dirembatnya juga... ermm... kalau ujung bulan janganler nak gi pasar malam... rabak duit ibu.... silap aribulan, ibu kena puasa.... isk..isk... tak per, ibu leh diet sket... (motivasi diri sendiri)

Melalut ler plak... train ini isa rashveen beli kat Jaya Jusco Melaka... konon nak beli buku train, masuk kedai buku Popular, tp tak jumpa buka train yg dia berkenan... so dia keluar ngan tangan kosong jer...
Alih-alih dia lalu kat kedai mainan, tersangkut kat situ... ada plak train kat situ... rega dia RM26 jer... fuhhh... berpeluh ibu...

Train ni pakai 2 biji bateri
Biasanya Isa Rashveen akan biarkan train berjalan sampai sehari suntuk... kenapa? tak percaya?

2 biji bateri everyday leh tahan dalam 2 hari...
Dia tak bagi off train dia.. suka sangat dia dengar bunyi train... bingit telinga kita ni.. bila off dia membebel dan gi 'on' semula... tak larat betul nak layan dia ni.. huhuhu...

Sekarang kalau gi Jusco Seremban, dia meluru ke MPH..... suka gak belek buku train kat sana... style dia dok atas lantai sambil belek buku... hehehe...

Kalau dia berkenan baru leh beli... kalau tak berkenan, dia akan cakap"mahal lah ibu...."
Pandai betul budak sekarang ni..." pandai ambik hati ibu ye...
Tapi saya seronok sbb dia dah mula mendekatkan diri dengan buku.. walaupun buku thomas and friends atau apa saja yg ada lukisan train, dia akan baca ikut ayat sendiri... kelakar sungguh... panjang lak cerita dia dengan bahasa tersendiri...
cuma... bila buat colouring.... ermmm...bila kita hulurkan colour pencil kat dia, dia akan hulurkan balik kat kita... "bu... wat colour...."
Sebelah tu sebenarnya Isa Rashveen tengah tidur...

susah benar dia hari minggu tidur tengahari kecuali bila penat atau ngantuk sesangat sangat... ni tertidur depan tv sebab ngantuk sangat....
Kadang bila suruh tidur tak nak, bila naik kereta nak gi window shopping, tak sampai 5 minit kereta bergerak, dia dah tidur... terpaksa la patah balik... huhuhu...