Wednesday, 3 March 2010

Petua donut lembut

Baru pagi tadi dapat petua dari seorang rakan yang menjual donut. 
Hampir setiap hari aku beli donut dia sebab lembutnya sampai ke malam.  Su memang tak kedekut petua, Alhamdulillah dan kat sini aku sampaikan pula untuk sesiapa yang nak mencuba.

Petua ni secara agak-agak jer yer.. basicnya cuma rendam ibu royi sampai kembang.  Bila dah kembang tu campurkan sekali ngan 7 sudu atau lebih air kelapa, beberapa sudu susu cair dan 2 biji kuning telur sahaja.  Jangan lupa sedikit garam.

Monday, 1 March 2010

Bila sudah sampai ajalnya.... kata orang tua-tua..

Ayah tercinta meninggalkan kami pada 8/2/2010, hari ahad malam isnin pukul 8.45 malam. Sakitnya cuma seketika.. lebih kurang 3 minggu... hari-hari terakhir dia ingin pulang kerumah dan doktor telah memberinya cuti salama sepuluh hari dan sepatutnya pada 13/2/2010 dia kena pergi semula ke hospital kuala terengganu bagi menyambung semula rawatannya tetapi apakan daya.... Allah terlebih awal menjemputnya....

Ayahku sudah sembab bermula dari kaki dan kata orang tua ajalnya tak lama.... itu cara orang lama tengok keadaan pesakit dan dengan izin Allah jua memang benar petua itu.  Tak sampai seminggu ayah ku pergi jua akhirnya dengan penuh tenang.

Kata orang tua-tua lagi....
Jika mayat itu lembut, maka adalah saudara yang akan menyusulnya...
Kata-kata itu mungkin ada benarnya kerana ..... (nanti akan ku sambung semula ceritanya)....

Wednesday, 24 February 2010

Tuhanku....




Tuhanku.....
aku tidak layak untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu
dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Thursday, 18 February 2010

Sayu.....

tetiba aku rasa sedih.. sayu... teringatkan seseorang.... ntah kenapa?... adakah dia masih teringatkan aku?
aku insan biasa... tak boleh ketepikan perasaan sedih... pedih hatiku kerasa memendam perasaan... kenapa begini jadinya? muncullah dia di depanku....

aku juga sedih kerana ayah dah pergi meninggalkan kami semua...

aku sedih kerana aku jadi begini...

belum terluah rasanya.... cuma betul-betul sedih......