Ayah kembali kepada Pencipta-Nya
Sejak balik dari kampung melihat menziarah ayah di hospital Besar Kuala Terengganu, aku sering bertanya khabar dan menelefon 2 kali sehari untuk mengatahui perkembangan ayah. Cukup seminggu kira-kira 8.45 malam pada hari ahad, ayah tersayang meninggalkan kami semua.
Cuma 3 minggu jer ayah sakit dan Alhamdulillah matinya dalam keadaan cukup mudah dan tenang. Ibarat kata adik keadaan menjadi sunyi sepi, tiada bunyi motor, kicauan burung atau ayam, anak-anak bagaikan memahami dan menghormati pemergian datuknya dengan tenang.
Begitulah janji Allah.... pemergian seorang hamba-Nya yang hafaz Al-Quran dan melakukan tugas kerana Allah. Ayah seorang bilal masjid dan mandikan jenazah.
Ramai yang menghantarnya ketempat yang lebih abadi sehinggakan terpaksa solat jenazah di masjid... Alhamdulillah... ganjaran untuk hamba-Nya yang taat.
Al-Fatihah untuk ayah tersayang... kami sentiasa mengingati dan menyayanginya
No comments:
Post a Comment