Wednesday 23 March 2011

Bantal panas

Bantal garam panas ini veen baru beli kt GM Plaza sbb banyak info yang positif bg kawan-kawan yg telah guna.  Fungsi dia cam tungku tapi telah dimodenkan dan menyenangkan lagi penggunaannya.
Sangat baik untuk kita sekeluarga ni.... cam promote laks... hihihi.. apasalahnya dak.... untuk kebaikan kita seme....
Dalamnya mengandungi cecair garam yng cukup terkenal dengan pengubatan sufi.  Garam terlalu banyak penggunaan dia... Contohnya Rasulullah saw akan makan secubit garam sebelum menjamah makanan lain.. kenapa??? nanti veen citer lebih lanjut kat bawah nanti...
Ermm... veen nak bgtau pasal kegunaan garam... orang dulu-dulu kalau mengalami lenguh-lenguh badan, dorang akan tuam dengan garam panas. 
camni cara-cara dia:
Beli 2 kilo garam kasar, goreng dalam kuali biar betul-betul panas.  Goreng dengan api sederhana dan hati-hati sebab garam akan meletup sekali sekala.  hehehe... bila dah cukup panas, bungkus ngan suratkhabar lama, dibalut pula ngan kain batik.  Tekapkan kat tempat sakit seperti belakang, kaki, bahu etc... fuhhh... lepas tu mmg lega... hilang bisa sakit... kalau amalkan selalu InsyaAllah, akan sembuh lenguh2 tu... veen selalu buat dulu... sbb veen ada slip disk... Alhamdulillah, lega... tp kena byk minum air sbb terasa kering tekak dan bergaram dalam mulut ni... garam menyerap dalam tubuh...
tp sekarang guna tungku garam jer.... kalau lenguh peha tu, pakai seluar yang ada poket tu, balutkan garam panas kecik-kecik dan masukkan dalam poket seluar... sambil-sambil tu leh wat keje lain... takyah ler nak baring jer....
Fungsi bantal garam :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Berat = 1.7kg++ setiap satu.. berat gak ni...

Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam

Meh nak citer pasal GARAM sket.. hihihi.. cam ustazah ler plak... more info for beloved friends...
Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kit a ada mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2 dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


 
Bagi orang lumpuh, elok di tanam dalam tanah yang berdekatan pantai selama setengah jam setiap hari... ini bg mengutkan tulang dan urat2.. Selain daripada itu, terdapat pengamal perubatan yang membuat tilam garam dan dibalut bersama pesakit lumpuh dan strok.  Alhamdulillah sembuh dengan izin-Nya...

2 comments:

  1. as-salaam... jemput follow dan daftar di

    http://pusman9.blogspot.com dan ke http://direktoriusahawanmara.blogspot.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. boleh order minimum 3 biji. harga RM30 sebiji

    ReplyDelete