Sunday 12 February 2017

Klinik Audiologi & Sains Pertuturan (KASP) di UKM Jalan Temerloh, KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sedia mengetahui Muhammad Isa Rashveen adalah satu2nya putera hati saya yang kini telah berusia 10 tahun... dan sudah berkhatan pada hujung bulan Disember 2016... hihhihi.. dah jadi anak teruna dah.. tapi masih nak tidur sekatil dengan ibu.. kalau tak peluk dia mula gelisah dan takkan tidur.. hinggalah ibu peluk dia.. kejap je.. lelap sudah anak ibu pengarang jantung ni...

Tapi macam2 ujian yang dilalui anak kecil ini... seusia 8 tahun, isa belum lagi lancar dalam percakapan dan tidak banyak perkataan yang dia ketahui atau faham... kalau kita dengar dia bercakap seolah2 orang india yang bercakap.. tatabahasa terbalik (maaf ye org india... sy bg contoh sahaja... Daddy Isa pun orang India... hihihi)

Kerisauan saya memuncak sehinggalah membuat temujanji di Fakulti Sains Kebangsaan, UKM di Jalan Temerloh (sebelah Tasik Titiwangsa) pada 17/11/2015.  Saya tiada surat rujukan dan bukan kakitangan kerajaan.. jadi kena caj Bayaran Pendaftaran KASP-Audio sebanyak RM31.80 (inc 6% GST)

Untuk setiap kali buat rawatan ualangan  kena bayar RM5.30 (icl 6% GST).
Untuk pertama dorang akan uji pendengaran untuk memastikan Isa tiada masalah pendengaran.  Alhamdulillah Isa LULUS 100%. Ujian AUDIO dilakukan sebanyak 2 kali oleh Dr Nashrah Maamor, Phd (UWA) iaitu Senior Lecturer Audiologist.  Terima kasih Dr ;-)

Jika ujian dilakukan pada waktu persekolahan, jangan lupa minta' time slip' daripada kakitangan yang bertugas dikaunter pendaftaran. Time slip itu boleh kita bagi kepada pihak sekolah kerana anak kita tak dapat ke sekolah pada hari berkenaan.

Selepas ujian audio lulus, Isa dirujuk kepada Pegawai Pemulihan Perubatan, SMSn Pertuturan (Kep) UKM iaitu Puan Hafizah Mohd Azrai. Terima kasih tak terhingga atas jasa puan :-)  Setelah dilakukan beberapa ujian, Isa didiagnosis mempunyai masalah kelewatan bahasa.
 

Beliau mengeluarkan satu surat kepada pihak sekolah supaya diberikan Isa pembelajaran Intensif dan khusus bagi memperbaiki kemahiran bahasa dan dorongan positif dari tenaga pengajar.  Alhamdulillah, saya bawak surat ini dan berjumpan dengan Guru Besar dan beliau memberikan kerjasama kepada kami.  Jadi Isa dimasukkan semula ke kelas pemulihan sekali lagi bagi membetulkan bahasanya, iaitu kelas Cikgu Jahara.  

Panjangnya cerita... terima kasih yg tak terhingga kepada pihak2 yg sering membantu anak saya Muhammad Isa Rashveen.

Kesimpulan disini... 

# sesapa yang ada anak tunggal tu... sila alert anak anda yg suka suki cakap seperti bahasa baby.. betulkan bahasa anak anda 
# jka anda bekerja sepanjang hari dan keluar awal pagi dan balik malam hari, luangkan juga masa untuk berkomunikasi dengan anak anda.. jgn biarkan anak anda berkomunikasi dengan tv atau tab
# kadang2 anak anda boleh terima percakapan pelbahgai bahasa dalam satu masa... tp ada sesetengah anak dia menjadi keliru
** yang penting sila pastikan perubahan keatas diri anak anda.. budak2 umur 6 tahun sepatutnya dah pandai bercakap, bergaul, menyampaikan pesanan etc
**  autisme, slow learner (leaning disabilities), disleksia.. makin banyak dihidapi oleh kanak2 setiap tahun

Bagi ibubapa yang nak rujuk anak kat sini boleh call 03-92895040/5041
Alamat
Klinik Audiologi & Sains Pertuturan
Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
503200 Kuala Lumpur
http://fskb.ukm.my 



No comments:

Post a Comment